Apakah laman web yang selalu anda gunakan untuk mencari pekerjaan. Di Malaysia, terdapat pelbagai tawaran kerja ditawarkan melalui laman web seperti MauKerja, Indeed dan sebagainya.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @qalamchikey telah berkongsi satu iklan pekerjaan sebuah syarikat yang menampilkan syarat-syarat tidak masuk akal menjadi buah mulut netizen.
ya allah , company apakah ini ? @sebarkerja @MauKerjaMY pic.twitter.com/dQ5NYZ0NHh
— Qal (@qalamchikey) October 11, 2019
Menerusi perkongsian tersebut, syarat yang dikenakan adalah tidak dibenarkan untuk mengambil cuti sakit, dan juga tidak boleh cuti kerana menghadiri perkebumian atau untuk membantu keluarga yang kemalangan. Selain itu, nombor kad pengenalan anda juga akan di senarai hitam dalam laman web kerja jika rekod kehadiran kerja anda tidak baik.
Justeru itu, rata-rata netizen bertindak mengecam syarikat tersebut kerana syarat-syarat yang ditawarkan tidak masuk akal. Malah, ada yang mengatakan bahawa gaji yang diberikan tidak setimpal dengan kriteria yang diminta.
Sekali pandang, tengok position tu dengan gaji dia bagi macam okay, boleh la. Tapi bila baca requirements yang dia nak tu…. Hmmm next. Not worth it.
Betul, tak boleh memilih sangat. Tapi jangan sampai company macam ni take advantage of your desperation (to get a job).
— N 😷 (@nightbeattt) October 12, 2019
https://twitter.com/seteyyy22/status/1182985711143702528
Don't bother with this blatant wage slavery. I suggest joining a direct sales water & air purifier company, if you got the chops for sales. (Yeah, I'm referring to myself here) https://t.co/KP4eVxz0D3
— e.mo.tion.al thxughts (@Not_selrahc) October 13, 2019
To the person responsible of posting for ur company we need to speak. Boy, your grammar is itching me.
“Attendance no good,,”
Wtf? Correct ur grammar before snatching people off of their human rights. Nk employee perfect tp dia pun tk perfect pfftt 🥴
— ZuZip (@zuzu_az) October 13, 2019
Adakah anda sanggup untuk bekerja di syarikat tersebut? Berikan pendapat anda mengenai isu ini.
Dalam pembentangan Belanjawan 2020, dikatakan kerajaan akan memberikan insentif #MalaysiaKerja untuk membuka peluang pekerjaan kepada belia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Insentif #MalaysiaKerja Diperkenalkan Tawar Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia
Tidak Setuju Cuti Bersalin 90 Hari, Netizen Bidas Christy Ng