Apakah laman web yang selalu anda gunakan untuk mencari pekerjaan. Di Malaysia, terdapat pelbagai tawaran kerja ditawarkan melalui laman web seperti MauKerja, Indeed dan sebagainya.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @qalamchikey telah berkongsi satu iklan pekerjaan sebuah syarikat yang menampilkan syarat-syarat tidak masuk akal menjadi buah mulut netizen.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, syarat yang dikenakan adalah tidak dibenarkan untuk mengambil cuti sakit, dan juga tidak boleh cuti kerana menghadiri perkebumian atau untuk membantu keluarga yang kemalangan. Selain itu, nombor kad pengenalan anda juga akan di senarai hitam dalam laman web kerja jika rekod kehadiran kerja anda tidak baik.

Justeru itu, rata-rata netizen bertindak mengecam syarikat tersebut kerana syarat-syarat yang ditawarkan tidak masuk akal. Malah, ada yang mengatakan bahawa gaji yang diberikan tidak setimpal dengan kriteria yang diminta.

https://twitter.com/seteyyy22/status/1182985711143702528

Adakah anda sanggup untuk bekerja di syarikat tersebut? Berikan pendapat anda mengenai isu ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2020, dikatakan kerajaan akan memberikan insentif #MalaysiaKerja untuk membuka peluang pekerjaan kepada belia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Insentif #MalaysiaKerja Diperkenalkan Tawar Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia

Tidak Setuju Cuti Bersalin 90 Hari, Netizen Bidas Christy Ng

Sumber