Fokus dan bertenang merupakan antara aspek yang penting ketika membawa kenderaan. Jika pengendali kenderaan mudah panik dan menggelabah, isu kecil pun boleh mengundang kemalangan.
Satu video yang dikongsikan semula oleh Twitter @jnmalaysia telah menarik perhatian netizen apabila pasangan suami isteri kekal tenang walaupun tayar kereta mereka naiki sudah tercabut.

Baca Juga:
- King Sangkut, Bumper Jatuh Selepas Potong Q
- Tenang Ambil ‘Earphones’ Atas Landasan, Lelaki Jadi Punca Operasi LRT Tergendala Ditahan Polis
- Zach King Tampilkan Video Kolaborasi Terbaharu Bersama Sofyank
Dalam rakaman video dashcam itu, kereta tiba-tiba bergoyang semasa berada di lorong kanan. Kemudian si suami segera membuka lampu kecemasan, himpit ke kiri menuju lorong kecemasan untuk berhenti dengan selamat.
Tayar tercabut time tengah drive. Nasib baik pilot tenang control jentera , terus hidupkan lampu isyarat kecemasan ( hazard light ) dan pelan² himpit ke kiri dan berhenti dengan selamatnya.
*Salah satu pentingnya setiap kenderaan punyai dashcam depan & belakang. pic.twitter.com/WU37nCSvts
— Jabatan Netizen Malaysia 🇲🇾 (@jnmalaysia) April 28, 2023
Dengan tenang sahaja si suami menjawab tayar yang tercabut itu daripada kereta mereka, walaupun si isteri seperti tidak percaya dengan situasi yang baru sahaja berlaku itu.
Orang ramai memuji kedua-dua pasangan suami isteri itu kerana tidak panik ketika berhadapan dengan situasi genting sedemikian.
My respect towards the husband and the wife for staying calm and handling it well! 🫡 https://t.co/LwAj3TXTt4
— A M E (@ameelms) April 29, 2023
Sama kes dgn aku smlm kat Sg. Besi, kereta Merc dpn aku tayar dia pecah mcmni jgk. Tapi dia tenang and slowly ke kiri tapi aku yg on hazard light and follow ke kiri jgk sbb mmg da rapat sgt dgn dia. Lawak nmpk tayar dia begolek pergi 😂 https://t.co/l6MUAktpVn
— _YSR (@leYasir) April 29, 2023
Experience aku kena bkn sb tak jaga tayar. Sb langgar besi atas hiway plus. Lepas langgar besi tu kete rasa buai. Slowdown masuk kiri baru pecah. Jgn panic kete ade 4 tayar. Terima kasih team @plustrafik hntr bantuan. Nk belanja air pn tolak kata dh tanggungjawab mereka. https://t.co/myXVv1O4Eb pic.twitter.com/EIZKoTsxjT
— Oh Pejal (@Pejal_Hashim) April 29, 2023
Semoga dipermudah urusan diorang. Contoh terbaik. Driver kena TENANG MENGAWAL KERETA DAN EMOSI SENDIRI DULU. Passenger confirm panik esp anak-anak/elderly. So driver main peranan penting. Dapat kat driver emo/baran, tayar tu dia makinya dulu. *based on my true event 🙃 https://t.co/z1TNV2Xcgd
— Mak Lima Kucing (@titaandthecats) April 29, 2023
That’s why we as men are more calm in major situations.
Our brain process problem as “X appears, find solution for X”
Women brain process, “X appears, alert, panic, try X,Y,Z for solution”
Lelaki hanya akan panic bila perempuan panickan lelaki tersebut 😂☝🏻 https://t.co/hmp6kDdKup
— Rizwan | Casper (@rizwanabdullah_) April 29, 2023
Pada masa sama orang ramai menyarankan untuk menghubungi pihak konsensi lebuh raya untuk melaporkan kejadian itu.
Sekaligus dapat memudahkan proses ambil tayar yang tercabut itu demi keselamatan pengguna jalan raya lain.
Jika anda berhadapan dengan situasi sama, cuba bertenang terlebih dahulu dan fokus untuk berhenti ke lorong kecemasan dengan selamat — pemanduan selamat dapat selamatkan nyawa.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.