Seorang pelanggan meluahkan rasa ketidak puasan hati dengan kegagalan menjaga data peribadinya yang didakwa boleh diakses oleh orang lain.
Menerusi video yang tular, influencer bernama yes_iman berkongsi di mana mesej aduan yang dihantar terus ke syarikat Tealive telahpun diambil oleh seseorang yang tidak berkaitan malahan mempunyai nombor telefon miliknya.
Dia bercerita lanjut mengapa dia membuat aduan tersebut adalah kerana sikap tidak profesional yang ditonjolkan oleh pekerja di outlet Nu Sentral yang mana tidak memakai penutup kepala sewaktu penyediaan minumannya serta berbual-bual dengan rakan sekerja lain sehingga gagal menyelesaikan pesanan dalam kadar waktu yang sewajarnya.
Bagaimanapun, individu terbabit bukan sahaja boleh menghantar semula aduan tersebut bahkan sedia memarahi influencer terbabit menerusi mesej peribadi WhatsApp susulan tidak berpuas hati dengan tindakan membuat laporan ke HQ.
Oleh itu, Tealive telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan seorang pelanggan mengenai isu pelanggaran data privasi.
Tuduhan ini timbul selepas pelanggan tersebut mendakwa maklumat peribadi mereka telah bocor atau disalahgunakan oleh syarikat minuman tersebut.
Tealive telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka berhubung insiden pelanggaran data peribadi pelanggan, Iman dan isteri.
Syarikat itu mengakui berlaku pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka dan berjanji akan mempertingkatkan mutu perkhidmatan di masa hadapan.
Menurut penjelasan Tealive, isu ini bermula apabila pelanggan menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan, dan aduan tersebut kemudiannya diserahkan kepada Pengurus Kawasan yang bertanggungjawab.
Pengurus Kawasan ini ditugaskan untuk menghubungi pelanggan dan mengambil tindakan sewajarnya di cawangan terlibat.
Walau bagaimanapun, satu tangkapan layar (screenshot) maklum balas yang mengandungi butiran pelanggan telah dikongsikan dengan pasukan cawangan.
Akibatnya, seorang kakitangan telah menghubungi pelanggan tersebut secara peribadi, yang mana Tealive mengakui ia merupakan pelanggaran SOP yang serius.
Tealive menyatakan bahawa mereka telah menghubungi Iman dan isterinya secara peribadi untuk menyelesaikan perkara ini.
Syarikat itu berjanji akan belajar daripada kesilapan ini dan komited untuk melindungi data peribadi pelanggan melalui beberapa siri perubahan.
Penambahbaikan yang akan dilaksanakan termasuklah:-
1. Semakan segera prosedur dalaman.
2. Latihan serta-merta dan berterusan untuk kakitangan bagi menekankan kepentingan privasi dan penjagaan pelanggan.
3. Siasatan menyeluruh terhadap semua kakitangan yang terlibat bagi membolehkan tindakan disiplin yang sesuai diambil.
Tealive berharap langkah-langkah ini akan mengembalikan keyakinan pelanggan terhadap komitmen mereka terhadap privasi data.
Walaupun bagaimanapun, iman menerusi hantaran di IG Stories berkata yang dia masih melihat perkara ini masih dikira belum selesai selagi pihak Tealive tidak membawa suspek bersemuka dengannya.

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segara kerana bukan sahaja kepercayaan para pelanggan yang terjejas malahan kredibiliti syarikat minuman tempatan menjadi taruhan.