Selepas hampir enam bulan pertikaian isu melibatkan pengusaha Tealive iaitu Loob Holding Sdn Bhd serta pemilik Chatime iaitu La Kaffa International yang dibawa ke pihak mahkamah, pada hari ini kedua-dua syarikat ini berjaya mencapai sebuah kata sepakat.

Berdasarkan kenyataan bersama yang dikeluarkan, Chatime dan Tealive memilih untuk menyelesaikan isu melibatkan hakcipta dan kiosk diluar mahkamah serta bersetuju untuk mengugurkan isu saman dan salah laku yang dijalankan di mahkamah Malaysia dan Singapura.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Kedua-dua syarikat juga enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai perbincangan yang dibuat dengan alasan segala perbincangan adalah sulit. Menyoal dari segi hak beroperasi, Tealive berjaya meneruskan operasi tanpa sebarang pertikaian.

Buat anda sama ada peminat Tealive dan Chatime, nampaknya pilihan untuk mendapatkan minuman kegemaran anda masih terbuka. Kongsikan bersama diantara Tealive dan Chatime, jenama manakah yang lebih menjadi pilihan tekak anda?

Sumber