Beberapa hari yang lepas tular di media sosial mengenai arahan penutupan Tealive oleh pihak mahkamah berikutan dengan kegagalan rayuan oleh Loob Holdings. Isu ini pastinya mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi peminat setia minuman Tealive.

Menerusi platform media sosial pihak Tealive mengeluarkan satu kenyataan bahawa semua outlet Tealive masih beroperasi seperti biasa dan masih menunggu arahan selanjutnya dari pihak mahkamah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Peminat setia Tealive boleh menarik nafas lega dan masih berpeluang untuk menikmati rangkaian minuman yang disajikan. Tunggu apa lagi, ajak rakan-rakan anda untuk pesan ‘Signature Brown Sugar Milk Tea’ dan sebagainya petang ini.