Presiden La Liga, Javier Tebas sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengkritik pengaruh besar Paris Saint-Germain (PSG) dalam bola sepak Perancis.
Dalam temu bual bersama L’Équipe, Tebas secara terbuka mendakwa bahawa dominasi PSG bukan sekadar soal kekuatan di atas padang — tetapi berpunca daripada sikap kelab lain yang memilih untuk berdiam diri.
“PSG ada kuasa kerana yang lain tidak berani bersuara,” kata Tebas.
Menurut Tebas, situasi dalam Ligue 1 kini mewujudkan satu budaya “diam” yang akhirnya memberi kelebihan besar kepada PSG.
Beliau percaya bahawa kelab-kelab lain sebenarnya sedar akan ketidakseimbangan yang wujud, namun tidak berani mencabar status quo.
“Diam itu mencipta subahat secara tidak langsung,” tambahnya lagi.
Tebas menegaskan bahawa semakin kelab kelab di Perancis ini menikus dan kecut, semakin banyak kerosakan dan ketidakseimbangan berlaku dalam bola sepak mereka.
Kenyataan ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa PSG bukan sahaja dominan dari segi kewangan, tetapi juga mempunyai pengaruh dalam aspek pentadbiran dan hala tuju liga.
Misalnya sebelum ini mereka seringkali meminta penundaan jadual perlawanan. Dan kelab lain terus setuju. Sehinggalah baru baru ini peminat Nantes protes terbuka kepada pemilik kelab mereka yang setuju menunda jadual liga kerana permintaan PSG.
PSG ketika itu mahu mempersiapkan diri untuk UCL. Peminat Nantes mempersoalkan kenapa kelab mereka setuju? Bukankah itu satu satunya peluang kelab mereka mendapat kelebihan dari segi rehat berbanding kelab PSG yang bermain di Eropah.
Di stadium peminat Nantes mengibarkan tifo dan flyer menuduh presiden kelab sebagai penjilat kaki pemilik dari Qatar di PSG.
“Presiden kelab sedang melutut sekali lagi kepada PSG. Kelab Nantes kini menjadi perempuan pemuas nafsu PSG.”
🚨 𝗟𝗘𝗦 𝗨𝗟𝗧𝗥𝗔𝗦 𝗡𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜𝗦 𝗧𝗔𝗖𝗟𝗘𝗡𝗧 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗘𝗧 𝗔𝗟-𝗞𝗛𝗘𝗟𝗔𝗜̈𝗙𝗜 ! 😤😡
Des supporters de la Brigade Loire sont entrés dans la tribune de presse pour distribuer des caricatures de Waldemar Kita et Nasser Al-Khelaïfi avec écrit :
"𝗟𝗘 𝗤𝗔𝗧𝗔𝗥𝗜… pic.twitter.com/YaQBSkCOIK
— BeFootball (@_BeFootball) March 7, 2026
“LFP [pengendali Ligue 1] tunduk sekali lagi kepada PSG?”
🚨 𝗟𝗘 𝗠𝗘𝗦𝗦𝗔𝗚𝗘 𝗖𝗟𝗔𝗜𝗥 𝗗𝗘𝗦 𝗦𝗨𝗣𝗣𝗢𝗥𝗧𝗘𝗥𝗦 𝗡𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜𝗦 !! 😡
«MATCH DÉCALÉ = LA LFP SE COUCHE 𝗘𝗡𝗖𝗢𝗥𝗘 DEVANT LE PSG.
ET ON SE PREND UN SACRÉ DOHA DANS LE CUL ! »
(📸 @loicfolliot) pic.twitter.com/q1LaWhpBk0
— BeFootball (@_BeFootball) April 22, 2025
Semalam, laporan menyebut Lens akhirnya menolak untuk menunda aksi lawan PSG seperti diminta kelab Paris itu yang mahu mempersiapkan diri untuk aksi lawan Liverpool.
Apa yang mengejutkan PSG mendesak Ligue 1 gunakan kuasa vetonya untuk menunda perlawanan itu walaupun tanpa persetujuan lawan mereka.
Isu Kewangan & Fair Play Masih Dipersoal
Tebas turut menyentuh isu klasik yang sering dikaitkan dengan PSG — iaitu Financial Fair Play (FFP).
Beliau sekali lagi mempersoalkan model kewangan kelab milik Qatar itu, yang sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan kerana perbelanjaan besar dan penajaan yang dipersoalkan nilainya.
Malah, Tebas juga membandingkan situasi ini dengan kelab lain seperti Manchester City yang turut berdepan kritikan serupa berkaitan struktur kewangan mereka.
PSG Masih Terbaik, Tapi…
Walaupun lantang mengkritik, Tebas tetap mengakui bahawa PSG adalah kelab terbaik di Perancis dari segi prestasi dan kualiti skuad.
Namun menurutnya, menjadi kelab terbaik tidak seharusnya bermaksud memiliki pengaruh terlalu besar dalam ekosistem bola sepak domestik.
Beliau menegaskan bahawa keseimbangan kuasa perlu diwujudkan demi masa depan Ligue 1.
Konflik Lama Tebas vs PSG
Ini bukan kali pertama Tebas menyerang PSG. Sejak beberapa tahun lalu, beliau konsisten mengkritik model kewangan kelab tersebut dan menuduh ia boleh merosakkan kestabilan bola sepak Eropah.
PSG pula sering membalas kenyataan Tebas dan menganggapnya sebagai campur tangan terhadap liga lain.
Kesimpulan
Kenyataan terbaru Tebas ini membuka semula perdebatan besar — adakah PSG terlalu dominan dalam Ligue 1?
Atau sebenarnya masalah sebenar adalah kegagalan kelab lain untuk bersuara dan mencabar dominasi tersebut?
Apa yang pasti, isu kuasa dan kewangan dalam bola sepak moden terus menjadi topik panas — dan PSG kekal di tengah-tengah perbincangan itu.