Sudah menjadi kebiasaan di mana orang ramai memasang penghawa dingin pada rumah dalam menyejukkan kediaman masing-masing. Cuaca Malaysia yang panas antara yang menjadi faktor.

Di sebalik kisah pemasangan penghawa dingin, tular sebuah video daripada TikTok @piankpoppp_ yang memperlihatkan cara pemasangan penghawa dingin yang sangat aneh pada sebuah rumah di Rantau Panjang, Kelantan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian, dapat dilihat penghawa dingin dihadapkan pada bahagian bilik seperti pemasangan biasa. Apa yang menarik perhatian netizen serta tampil aneh dalam lokasi pemasangan outdoor compressor penghawa dingin ini yang diletakkan pada bilik bersebelahan.

https://www.tiktok.com/@piankpoppp_/video/7142068851520408858?_r=1&_t=8VbqEwxIIUM&is_from_webapp=v1&item_id=7142068851520408858

Lebih membuat pengongsi video iaitu Pian K-Pop bengang, pemasangan ini dibuat sewaktu ibu saudaranya selaku pemilik kediaman tidak berada di rumah. Situasi yang berlaku nyata membuatkan bilik bersebelahan menjadi lebih panas berikutan keluarnya angin panas pada outdoor compressor tersebut.

Video yang meraih 1.4 juta tontonan kurang dari 24 jam ini telah mendapat perhatian netizen yang hadir dengan pelbagai pendapat. Terdapat netizen terhibur serta berseloroh pemasangan tersebut membolehkan pengguna memilih untuk berada di kawasan panas atau sejuk.

Tidak kurang juga yang berpendapat situasi seperti ini mungkin berlaku apabila penambahan bilik baru sahaja dilakukan di mana outdoor compressor belum dialihkan.

Sumber: TikTok @piankpoppp_
Sumber: TikTok @piankpoppp_

Situasi yang berlaku jelas memberi masalah kepada pemilik rumah. Selain itu, mereka yang ditugaskan untuk memasang penghawa dingin haruslah mempunyai ilmu pemasangan agar situasi yang sama tidak lagi berulang.