Dalam aksi antara Belgium dan Slovakia, satu lagi teknologi dalam bola sepak digunakan iaitu Connected Ball Technology yang dipatenkan oleh FIFA.

Sebelum ini FIFA sudah pun menggunakan banyak teknologi dalam bola sepak termasuk VAR, Goal Line Technologi dan Teknologi Ofsaid Semi Automatik.

Kini satu lagi diperkenalkan iaitu Connected Ball Technology.

Teknologi ini sebenarnya sudah diumumkan sebelum Piala Dunia 2022 lagi. Namun rasminya digunakan dalam Euro 2024 untuk mengesan sebarang kontak daripada pemain ke atas bola.

Bola rasmi Adidas telah memasukkan satu sensor yang boleh mengesan 500 kali sentuhan dalam masa sesaat.

Teknologi ini telah membantu pengadil membatalkal gol minit akhir Romelu Lukaku ketika dia dan rakan rakannya sudah pun meraikan gol penyamaan tersebut.

Belgium ketika itu ketinggalan 0-1 di tangan pasukan underdog Slovakia. Keraian Belgium dihentikan oleh VAR yang mendapat bantuan daripada sensor yang ada dalam bola ini.

Di mana pengadil mahu memastikan sama ada tangan pemain Belgium Lois Openda ada kontak pada bola. Lebih mengejutkan peminat, ada satu  graf yang memaparkan gelombang bunyi dipaparkan.

Setelah menyemak data yang dihantar oleh sensor ini, maka pengadil mengesahkan tangan pemain itu ada menyentuh bola. Dan gol Lukaku dibatalkan kerana handball berlaku pada fasa binaan gol tersebut.

Sensor ini juga digunakan dalam Teknologi Ofsaid Semi Automatik. FIFA dan Adidas mendakwa sensor ini memiliki ketepatan sangat tinggi dan membantu mengoptimumkan ketepatan pengadilan.