Hampir sebulan sebelum pelancaran rasmi, Apple iPhone terbaru nampaknya didedahkan dengan dua lagi gambar yang tertiris dimana memperlihatkan model terbaru ini bakal tersedia dengan fungsi wireless charging.

Fungsi yang dijangkakan melalui model sebelum ini iaitu iPhone 7 akhirnya mula dilancarkan pada tahun ini selepas dikhabarkan Apple berminat untuk menggunakan material kaca dibahagian belakang model terbaru mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iphone-7s-plus-on-right-and-iphone-8-small
Perbandingan iPhone 7s Plus dengan iPhone 8. Sumber: Danny Widget

Dalam pada itu, disebalik kecanggihan iPhone terbaru yang bakal dilancarkan, laporan daripada Weibo mengatakan Apple tidak akan menawarkan adapter wireless charger ini secara percuma sebaliknya bakal dijual secara berasingan.

Adapter ini juga bakal ditawarkan buat model iPhone 7s, 7s Plus selain daripada iPhone 8 dimana sekaligus menguatkan ura-ura Apple bakal melancarkan tiga model secara serentak pada tahun ini. Berikut merupakan antara komponen yang bakal tersedia pada wireless charger keluaran Apple.

wireless charging iphone

Wireless Charging iphone

Adakah penjualan wireless charger ini secara berasingan merupakan idea yang bijak serta menguntungkan Apple? Sudah tentu.

Mereka sudah pernah mencuba teknik penjualan yang sama melalui produk Apple AirPods dan hasilnya para pengguna tidak ralat untuk berbelanja mendapatkan produk mereka. Kami jangkakan perkara yang sama bakal berlaku sekiranya Apple mengeluarkan adapter wireless charger ini.