Tel Aviv sedang tidak keruan apabila Iran melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas dua bandar di selatan Israel, iaitu Arad dan Dimona.
Kerosakan teruk berlaku di bandar tersebut kerana hujan misil yang dilancarkan Iran. Iron dome pula kelihatan tidak bersedia untuk menangkis pada kali ini.
Dimona adalah zon paling penting untuk ketenteraan Is*ael. Dan kini Tel Aviv bingung kerana beberapa peluru berpandu berjaya menembusi sistem pertahanan udara negara itu dengan begitu sahaja.
Pasukan bomba Israel mengesahkan bahawa sistem pemintas telah dilancarkan, namun gagal memusnahkan ancaman tersebut, menyebabkan dua hentaman langsung oleh peluru berpandu berkuasa tinggi.
Tel Aviv sudah mengarahkan pegawainya menyiasat, kenapa Iron Dome gagal menangkis serangan tersebut.
Serangan ke Dimona itu disahkan Tehran sebagai memang zon sasaran mereka. Dan ianya berlaku berhampiran Shimon Peres Negev Nuclear Research Center, yang sering dikaitkan dengan program nuklear rahsia Israel.
Namun begitu, International Atomic Energy Agency memaklumkan bahawa setakat ini tiada kerosakan dilaporkan di fasiliti tersebut, dan tiada peningkatan tahap radiasi dikesan.
Tetapi itu sudah cukup membuatkan Tel Aviv tidak keruan, kerana mereka menjangkakan bahawa Iran sekarang sudah menghampiri zon rahsia tersebut.
Media kerajaan Iran menyatakan serangan ini sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas fasiliti nuklear Natanz nuclear facility pada hari sama.
Menurut IAEA, serangan di Natanz juga tidak menyebabkan kebocoran radiasi atau ancaman kepada penduduk sekitar.
Fasiliti Dimona telah lama dipercayai sebagai lokasi pembangunan senjata nuklear Israel, walaupun kerajaan negara itu mengekalkan dasar “ambiguity” tanpa pengesahan rasmi.
Konflik ini terus meningkatkan kebimbangan global, terutama apabila melibatkan lokasi berkaitan nuklear di Asia Barat.