Nampaknya Malaysia bakal menerima sebuah lagi telco baru iaitu Webe. Syarikat Webe yang merupakan dibawah kendalian P1 ini sekaligus bakal melancarkan tawaran yang sangat menarik buat kita semua.

Screen Shot 2016-04-06 at 10.00.53 PM

Mengikut beberapa laporan awal, Webe bakal menawarkan plan data internet 20GB sebulan serta percuma 1000 SMS dan 1000 minit panggil dengan harga serendah RM8. Apa yang menarik adalah plan ditawarkan ini adalah tanpa sebarang kontrak.

Harga yang dinyatakan di atas tertakluk kepada beberapa syarat termasuk mendapatkan telefon pintar di bawah telco mereka. Buat anda yang tidak berminat untuk mendapatkan telefon pintar, harga yang ditawarkan Webe adalah RM9 buat pelanggan P1 manakala RM10 buat pelanggan baru.

Screen Shot 2016-04-06 at 10.05.01 PM

Buat anda yang menantikan sebuah telco yang menyediakan sebuah rangkaian yang baik serta data internet tanpa had pasti anda berminat dengan tawaran yang ditawarkan Webe ini. Pakej ini termasuk panggilan dan SMS tanpa had.

Persoalannya, mampukah Telco Webe yang dibantu oleh syarikat Telekom Malaysia ini bersaing dengan syarikat-syarikat besar seperti Maxis, Celcom,Digi dan U Mobile?