Jika terdapat satu perkara penting yang boleh ditambah baik mengenai telco Webe, kami yakin ramai pengguna yang bersetuju untuk menambah kouta tethering yang sebelum ini ditawarkan dengan kadar 1 GB sebulan.

Nampaknya Webe mendengar hasrat pengguna dan kini para pengguna berpeluang untuk menggunakan fungsiĀ tethering sehingga 10 GB tanpa sebarang cas. Difahamkan penawaran ini cuma ditawarkan buat pengguna sedia serta pengguna baru yang mendaftar sebagai pelanggan Webe sehingga 1 Oktober 2017 ini sahaja.

Parap pengguna turut berpeluang mengetahui quota tethering yang digunakan di laman web Webe. Sumber: lowyat.net

Meskipun penawaran tethering yang ditawarkan bukanlah unlimited, kami yakin pertambahan terbaru daripada Webe sudah lebih daripada cukup buat pengguna yang tidak menggunakan fungsi ini secara kerap dan banyak.

Dengan pertambahan fungsi terbaru ini, adakah anda akan menjadi pelanggan terbaru mereka selepas menawarkan internet secara unlimited dengan cas RM78 sahaja sebulan?

Sumber