Pejam celik pejam celik nampaknya selang beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya. Bagaimana dengan persiapan Hari Raya anda pada kali ini?

Kami yakin dari segi pakaian dan kelengkapan sempena Hari Raya, ramai yang sudah siapkan awal-awal lagi. Namun bagaimana pula dengan persiapan ‘internet’ anda. Ya, adakah internet yang anda gunakan mampu menyediakan internet berkelajuan 4G dan hadir dengan data tanpa had untuk penggunaan sempena Hari Raya?

Jangan terkejut jika kami katakan Hari Raya 2017 bakal lebih meriah dengan adanya internet 4G daripada webe Internet Unlimited. Berikut merupakan 5 sebab bagaimana webe Internet Unlimited bakal membuatkan Raya anda lebih meriah.

1. Menghantar ucapan Raya tidak lagi terbatas

Setiap kali tiba Hari Raya, kita pastinya bermaaf-maafan antara satu sama dengan yang lain. Tidak dilupakan juga ucapan ‘Selamat Hari Raya’ yang dihantar khusus buat sanak-saudara serta kenalan yang jauh bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Dengan adanya webe, anda bukan sahaja berpeluang menghantar pesanan anda dalam bentuk SMS atau melalui aplikasi permesejan, malah ucapan melalui video juga boleh dengan adanya webe Internet Unlimited. Pastinya, ucapan anda tampak lebih fun dan original.

2. Sembang puas-puas dengan webe

Tidak puas sekadar bersembang melalui text, dengan webe anda tidak lagi perlu risau soal data kerana webe Internet Unlimited bakal membolehkan anda membuat panggilan video tanpa had.

Dalam erti kata lain, anda dapat berhubung dengan kenalan atau keluarga anda yang berada jauh di mata dengan mudah. Kalau tak dapat berjumpa, dapat video call pun jadilah.

3. Bertandang ke rumah kenalan bukan lagi masalah

Sudah menjadi adat buat anda untuk ziarah menziarahi sanak saudara dan keluarga yang jarang dapat bertemu sapa. Perjalanan anda juga bakal lebih mudah dengan adanya liputan internet yang stabil membolehkan ada menggunakan aplikasi Waze terus ke rumah kenalan dengan mudah.

Selain itu, pastikan anda setkan tatapan smartphone anda ke rangkaian LTE bagi membolehkan anda menikmati liputan yang stabil sekaligus membolehkan anda Waze tanpa sekatan. Sama ada kampung anda berada di Kangar mahupun anda mahu kelik Kelate, semuanya bakal lebih mudah dengan liputan meluas webe.

4. Berhibur bersama keluarga secara ‘unlimited’

Dengan adanya internet tanpa had, Raya ini pastinya lebih meriah dengan menonton seleksi filem menarik melalui penstriman iflix, Netflix dan juga HyppTV. Ianya akan lebih best dengan adanya Smart TV atau Google Chromecast yang membolehkan anda stream secara terus di TV ruang rumah anda.

Nak tahu apa yang lebih menarik? Telco webe turut menawarkan 1 GB tethering secara percuma. Selain anda sahaja enjoy dengan internet yang stabil, kini keluarga anda juga dapat merasa perkara yang sama.

5. Setiap langganan berpeluang membawa anda ke Old Trafford

Nak tahu apa yang lagi best tentang webe? Dengan setiap langganan kepada telco webe anda juga berpeluang untuk ke Old Trafford, Manchester. Tidak lain dan tidak bukan untuk menonton perlawanan epik Manchester United.

Bukan itu sahaja, pemenang peraduan ini bakal menerima tajaan 4 hari 3 malam ke Old Trafford yang semuanya ditanggung webe. Anda boleh ikuti atau daftar webe di sini untuk berpeluang memenangi peraduan ini seawal minggu depan.