Baru-baru ini, tular sekeping gambar yang memaparkan pagar rumah baharu yang jatuh pecah di percayai di sebuah taman perumahan terletak di Kluang, Johor.

Menerusi gambar terbabit, dapat dilihat keadaan tembok yang pecah itu berlubang dipenuhi dengan sampah sarap bukanlah dipenuhi dengan batu bata seperti tembok biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, tembok yang pecah itu telah membuatkan pagar besi rumah hampir menghempap tuan rumah dan pastinya hal ini membahayakan.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengkritik hebat buruh binaan yang membuat rumah terbabit.

Susulan itu, segelintir netizen mengatakan sangat penting untuk mengupah inspector check rumah ketika anda menerima kunci rumah. Malah, para netizen turut mahu pemaju bertanggungjawab dengan apa yang terjadi.