Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam pastinya membuat ramai orang tersenyum gembira. Mana tidaknya, rakyat Malaysia telah dibenarkan untuk rentas negeri dan melancong bermula 10 Jun 2020.
Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, kita mendapat beberapa berita yang tidak baik terutama sekali industri pelancongan dan perhotelan dimana hotel terpaksa tutup operasi dan pemandu pelancong tempatan hilang punca pendapatan.
Anda haruslah ambil peluang ini untuk membantu industri pelancongan dan perhotelan di Malaysia bagi menaikkan semula ekonomi kita dengan pergi melancong. Dikhabarkan bahawa hotel di Langkawi telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam selepas pengumuman khas Perdana Menteri.
https://twitter.com/suffiakmal/status/1269624055537098752
Hi! Kami menawarkan pakej percutian menarik di Sabah. Sesiapa nak travel ke Sabah jom hubungi kami. Nak kereta sewa pun boleh roger kami. See yaaa😉😍
IG: afscarrental
Fb page : AFS Car rental & tours sdn bhd pic.twitter.com/7qZzHJUnF3— Afscarrental&Tours (@afscarrental) June 7, 2020
Malah, terdapat pelbagai promosi destinasi percutian di media sosial dan orang ramai sedang sibuk mencari destinasi pilihan. Mana tidaknya, selepas lama terperuk di rumah, kini anda boleh tenangkan fikiran dengan pergi bercuti.
Menerusi tinjauan kami, hotel hampir penuh ditempah di beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti Langkawi, Port Dickson, Cameron Highland dan banyak lagi.
Ramai nk mampus book hotel kat langkawi. For first time diorg buka slot utk 1000 booking. Habis dh weii. Bru nk usha2 laju eh rakyat malaysia buat keje
— inangsayuri (@iinangsayuri) June 7, 2020
https://twitter.com/amalinaalias_/status/1269638858984964096
Weh, petang tadi announcement…pukul 8 malam ni sis dah booking hotel woiii. Nampak tak tepu dia lagu mana??
Nasib lah block leave sis memang end of June. Takpelah, takde rezeki ke Turki. Kita bantu sektor pelancongan Malaysia je lah. 😁
— AMIRA 👩 (@CikGojes1905) June 7, 2020
Diharap dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi negara dan rakyat Malaysia masih mengekalkan norma baharu. Dimanakah destinasi pertama pilihan anda untuk melancong?
Jika anda tidak tahu ingin ke mana, kami kongsikan beberapa artikel destinasi yang anda boleh pertimbangkan. Klik sahaja pada pautan di bawah ini.
Keindahan ‘Sunset’ Di Pulau Jerejak Ini Destinasi Terbaik Buat Mereka Yang Mahukan Ketenangan
Ladang Bunga Matahari Di Perlis, Destinasi Percutian Terbaharu Yang Anda Perlu Terokai
Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu