Bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 ketika ini, Dewan Rakyat yang menjadi tempat persidangan ahli parlimen kini dilengkapi dengan penghadang lut sinar.
Pelindung lut sinar yang memisahkan ahli parlimen itu dilaporkan mula digunakan sejak semalam oleh beberapa laporan media tempatan dan melalui perkongsian di media sosial oleh ahli politik negara ini.
Menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said, ahli parlimen yang menyertai persidangan itu perlu menarik menarik penghadang tersebut semasa duduk di dalam dewan untuk memastikan jarak pemisah antara dan tiada kontak rapat antara mereka.
Speaker tengok penghadang di tempat duduk MP. Prototype ni. Kita cubatry minggu ni tengok macam mana ok ke tak haha@MYParlimen pic.twitter.com/vYnbrBmLyJ
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) August 3, 2020
Penghadang lutsinar dipasang antara sebahagian MP di #DewanRakyat bagi membolehkan MP duduk di kerusi biasa. #Parlimen berusaha utk beri keselamatan kesihatan supaya MP lebih produktif bagi membawa suara #rakyat. Saya tiba 1.30 tgh mlm dari Sabah. Spt biasa pagi2 sudah di Dewan.. pic.twitter.com/irA7vuDLEM
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) August 3, 2020
Bakal kembali ke tempat duduk asal
Sebelum pemasangan penghadang tersebut sebelum ini, ada di antara ahli parlimen yang terpaksa duduk di tempat pegawai di sebelah kiri dan kanan dewan.
Pemasangan penghadang tersebut sekaligus bakal memastikan ahli-ahli parlimen ini bakal kembali ke tempat duduk asal mereka.
Azalina bagaimanapun menjelaskan setakat ini hanya sebahagian penghadang sahaja dapat dipasang dan menjangkakan ianya akan dapat diselesaikan pada minggu hadapan.
“Bagaimanapun masih terdapat sebahagian ahli yang berhormat perlu duduk di tempat duduk pegawai di sebelah kiri dan kanan, dan kerana hanya sebahagian penghadang lut sinar yang dapat dipasang dalam tempoh terdekat ini.
“Oleh demikian saya memohon kesabaran ahli yang berhormat sehingga perkara ini dapat diselesaikan,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Ahli parlimen dan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini juga pernah mencuri tumpuan apabila seluruh dewan menunjukkan solidariti kepada petugas barisan hadapan COVID-19 dengan berdiri seketika. Baca mengenainya di pautan di bawah.
Agong Dan Ahli Parlimen Berdiri Sebagai Penghormatan Kepada ‘Frontliner’ COVID-19
P. Prabakaran Diumumkan Sebagai Ahli Parlimen Termuda Malaysia
Ini Jumlah Pendapatan Bulanan Perdana Menteri Dan Anggota Pentadbiran Kerajaan Menurut SPRM