Sudah menjadi kewajipan makanan yang disediakan khususnya di restoran mementingkan kebersihan serta kesegaran makanan. Selain itu, bebas daripada haiwan perosak antara yang menjadi keutamaan dalam memastikan makanan yang ditawarkan tidak terdedah kepada haiwan perosak ini.

Terbaharu, tular sebuah isu menerusi perkongsian Twitter @AfiqShari apabila sebuah restoran francais popular di Kota Kemuning diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas didapati kotor serta tidak mematahui prosedur yang ditetapkan.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/afiqshari/status/1623293700192473088?s=46&t=qEa7JQGoDu05gl9nMOEWaQ

Lebih mengejutkan ramai, difahamkan punca penutupan restoran ini buat sementara waktu dibuat selepas didapati terdapat kaunter yang seolah selesa berada di kaunter restoran tersebut.

Bukan itu sahaja, seorang daripada warga Twitter memaklumkan restoran makanan popular ini sudah mempunyai pelbagai kes melibatkan masalah kebersihan sebelum ini.

https://twitter.com/AfiqShari/status/1623313774034948097

Penutupan sementara restoran makanan popular ini turut menyaksikan warga setempat seolah ‘gembira’ selepas difahamkan pelbagai aduan dibuat. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan restoran makanan popular ini sememangnya diketahui mengenai kebersihan restorannya yang teruk serta turut mempunyai pekerja yang biadap.

Diharap penutupan restoran makanan popular cawangan Kota Kemuning ini sekaligus bakal menjadi pengajaran sekaligus menjadi tamparan hebat buat pengendali restoran makanan francais untuk sentiasa mementingkan kebersihan makanan yang disajikan.