Erik Ten Hag menyatakan kepada pemain pemainnya agar tidak terlalu berduka. Kerana esok masih ada.
Man United menelan kekalahan memalukan di tangan Spurs. Sekali lagi mereka kalah 0-3 di tangan seteru big six selepas diaibkan Liverpool dengan skor sama bulan lalu.
Kini usaha United untuk menamatkan kemarau EPL kelihatan sedikit sukar. Namun Ten Hag menegaskan bahawa perjalanan liga masih panjang dan esok masih ada.
“Sentiasa ada hari yang baru, saya beritahu pemain pemain saya. Ayuhlah, hari baru akan sentiasa ada, esok masih ada, kita akan bangkit, itu saya jamin,” tegas pengurus itu.
https://tywitter.com/FabrizioRomano/status/1840481896263831737
Ten Hag pada masa yang sama tidak risau dengan masa depannya di Manchester United. Kerana menurutnya, segala yang berlaku di Man United pada hari ini adalah hasil daripada semangat kebersamaan mereka di sana.
“Tidak sama sekali memikirkan tentang pemecatan. Kami sudah membuat keputusan ini bersama sama. Dari pihak pemilik, kepimpinan kelab, pada musim panas lalu. Dan kami sudah membuat keputusan daripada pemerhatian yang jelas, di mana kami harus memperbaiki diri. Dan bagaimana kami harus membina skuad.
“Namun kami semua di sini tahu, ianya akan mengambil sedikit masa. Apa yang berlaku di jendela perpindahan, Ugarte masuk ke sini lewat. Dan kami juga membuat sedikit penambahbaikan di peringkat pengurusan, ada isu kecederaan. Kami perlukan sedikit masa.