Tular satu rakaman video berdurasi itu 29 saat di mana seorang penunggang dan pembonceng motosikal kapcai terjatuh selepas ditendang oleh seorang rider motosikal besar. Rakaman video itu dikongsikan oleh abang mangsa kepada akaun Twitter @doqtahu menerusi mesej peribadi.
Dalam mesej itu juga, abang mangsa menyatakan kejadian tersebut berlaku di Jalan Kuantan-Pekan berdekatan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) kira-kira pukul 6.30 petang.
Baca Juga:
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
Pada awal video berkenaan, kedengaran bunyi ekzos kuat daripada motosikal besar sebelum kelibat kedua-dua motosikal itu bergerak bersebelahan di lorong kanan kelihatan.
Selepas itu mereka masuk ke lorong tengah dan selepas lima saat rakaman video itu dirakam, kelihatan rider motosikal besar itu cuba menendang motosikal kapcai itu, namun penunggangnya dapat mengelakkan diri.
Namun, beberapa saat selepas itu rider motosikal besar menghampiri motosikal terbabit sebelum menariknya sehingga kedua-dua penunggang dan pembonceng terjatuh ke atas jalan raya.
https://twitter.com/doqtahu/status/1579658381509693441?s=20&t=mhNH_R5sJkpSpG9oDnRcng
Sejurus terjatuh, pemboceng (berbaju merah) segera bangun dan bergerak ke tepi jalan sambil menghempas topi keledar ke atas jalan. Manakala kereta yang merakam kejadian tersebut beredar dari tempat kejadian.
Perkongsian video itu menyebabkan ramai netizen kurang senang dengan tindakan rider motosikal besar itu boleh membahayakan nyawa penunggang dan pembonceng motor kapcai terbabit.
https://twitter.com/Polyuleathers/status/1579663545398353921?s=20&t=mhNH_R5sJkpSpG9oDnRcng
doesnt condone his actions tho. he can choose to just speed off away from the guys. buat gitu mmg bodoh and cari penyakit betul. kalau serious injury ke apa, dia jugak kena.
— haneyy (@hnyysmr) October 11, 2022
Menurut netizen, mereka tidak menolak kemungkinan terdapat ‘perang mulut’ berlaku antara kedua-dua pihak apabila dipercayai motosikal kapcai yang berada di lorong kanan itu ‘mengganggu’ motosikal besar untuk memecut di laluan terbabit.
Dalam pada itu, ada netizen mendakwa rider motosikal besar itu sudah pun ditahan oleh pihak berkuasa.
Tengok kat fb dah ke balai polis dia tu https://t.co/uhiCXQW6r1
— Kimi (@Mirul_Kimie) October 11, 2022