Tan Sri Annuar Musa (TSAM) menganggap kejayaan JDT dan Liverpool baru baru ini telah mengingatkannya kepada kegemilangan The Red Warriors satu ketika dahulu.

JDT dan Liverpool menikmati minggu yang indah pada minggu lalu. Di mana kedua duanya berjaya mencipta kejayaan menjulang trofi.

Triple Treble Antara 5 Perkara Daripada JDT vs Pahang

JDT menamatkan musim dengan memenangi Piala Malaysia dan menyapu bersih kesemua piala domestik termasuk Piala Sumbangsih.

Liverpool yang membelasah Spurs 5-1 telah berjaya menjulang kejuaraan EPL mereka musim 2024/25 yang merupakan kejuaraan liga ke-20 kelab mereka.

salah anfield

JDT dan Liverpool ingatkan TSAM kepada TRW

Melihat kejayaan JDT dan Liverpool itu, membuatkan Annuar Musa mahu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan.

Lantas Annuar Musa sedia untuk membangkitkan semula kegemilangan bola sepak Kelantan.

Tan Sri Annuar Musa berkata: “Tengok Liverpool, tengok JDT sehari dua ini, teringat saya pada era The Red Warriors(TRW) Kelantan.”

trw

“Saya berpandangan sampai masanya sesuatu perlu di lakukan untuk melakar semula nama Kelantan dalam peta dan carta bolasepak Malaysia.

“Saya harap berpeluang duduk bersama KAFA, Kerajaan Negeri dan KDN FC untuk berbincang sesuatu, merekayasa semula bolasepak Kelantan. Insyaallah.”

TRW satu ketika dahulu menjadi nama gah dalam bola sepak Malaysia termasuk kejayaan treble. TRW ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Annuar Musa sendiri yang dianggap sebagap tokoh revolusi  bola sepak Kelantan.

Jadi beliau kini sudah terpanggil untuk kembali aktif dalam senario bola sepak Kelantan demi untuk mengembalikan semula nama Kelantan di arena bola sepak negara.

Rata rata peminat bola sepak Kelantan menyokong hasrat Tan Sri Annur Musa tersebut. Kerana menurut mereka. bola sepak Kelantan perlu diperkasakan semula untuk kembalikan zaman kegemilangannya.