Lapan daripada 12 wakil Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2025 yang berlangsung di Singapore Indoor Stadium, Kallang.

Sektor beregu lelaki menjadi sektor paling ramai meneruskan kemaraan dengan empat wakil manakala dua daripada beregu campuran dan masing-masing satu dalam perseorangan lelaki dan beregu wanita.

Baca Juga:

Pada aksi yang berlangsung semalam, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menundukkan Presley Smith-Jennie Gai dari Amerika Syarikat 21-18, 21-15 manakala Goh Soo Huat-Shevon Jemie Lai menang ke atas wakil Ukraine, Oleksii Titov-Yevhenia Kantemyr 21-11, 21-8.

Sementara itu hari ini tambahan enam lagi wakil ke pusingan 16 Terbuka Singapura yang menyaksikan Leong Jun Hao tidak perlu mengerah kudrat selepas lawannya Lei Lan Xi menarik diri akibat kecederaan.

Terbuka Singapura
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Beregu nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak terlalu berdepan masalah untuk menundukkan pasangan dari Chinese Taipei, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen 21-13, 21-11.

Juara Malaysia Masters, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengenepikan cabaran satu lagi pasangan Chinese Taipei, Chen Zhi Ray/Lin Yu Chieh 21-18, 21-19 manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus menjadi masalah buat pasangan Denmark, Rasmus Kjaer/Frederik Sogaard 21-19, 24-22.

Dua lagi slot diisi Wan Arif Junaidi-Yap Roy King yang menundukkan Eloi Adam/Leo Rossi 21-13, 21-18 dari Perancis dan Pearly Tan-M. Thinaah pula menumpaskan pasangan Hong Kong, Lui Lok Lok/Tsang Hiu Yan 21-16, 21-18.

Terbuka Singapura
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Wakil Malaysia Ke Pusingan 16 Terbuka Singapura 2025

Perseorangan Lelaki 

1) Leong Jun Hao

Beregu Lelaki

2) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

4) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

5) Arif Junaidi-Yap Roy King

Beregu Wanita

6) Pearly Tan-M. Thinaah

Beregu Campuran 

7) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

8) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai