Tindakan seorang lelaki memandu sebuah kereta Mini Cooper secara terburu-buru mengundang padah apabila terlibat kemalangan sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan.

Menerusi tarikh tertera pada rakaman dashcam, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 petang pada 31 Oktober lalu.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada awal video berkenaan, Mini Cooper itu dipandu secara laju dipercayai dalam perjalanan menuju ke jalan besar bersebelahan stesen minyak berhampiran.

Tiba-tiba datang sebuah lori yang masuk simpang secara mengejut, lalu menyebabkan pemandu Mini Cooper refleks cuba mengelak. Bagaimanapun kereta tersebut meluru laju merempuh sebatang pokok sampai tumbang.

Kemalangan melibatkan Mini Cooper tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata ramai yang tidak bersetuju dengan cara pekerja kedai itu membawa kereta.

Pada masa sama orang ramai turut mengecam pemandu lori yang mengubah laluan secara mengejut untuk masuk simpang.

Difahamkan kereta tersebut adalah milik seorang pelanggan salah sebuah kedai detailing yang ada di Bandar Sunway itu.

Dalam pada itu netizen meminta pekerja-pekerja kedai kereta mengambil iktibar daripada video dashcam yang tular itu.

Orang ramai berharap pekerja kedai kereta tidak mengambil kesempatan dan pada masa sama memandu kereta milik pelanggan secara berhati-hati kerana malang tidak berbau.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.