Antara perkara yang perlu diambil kira ketika di tempat awam adalah apabila berlaku kesesakan orang ramai sekaligus barang-barang berharga terdedah kepada bahaya kecurian.
Perkara ini telah dialami oleh seorang wanita yang mana mengatakan iPhone miliknya telah dicuri sewaktu bersesak di kawasan awam menerusi satu ciapan. Difahamkan perantinya hilang ketika berada di Stadium Bukit Jalil sebelum konsert Blackpink berlangsung pada Sabtu lalu.
Baca Juga:
- Jejaki Guna iPad, Lelaki Terkesima iPhone Milik Isteri Yang Dicuri Sudah Berada Di Luar Malaysia
- Menerusi Bantuan Find My Device, PDRM Berjaya Memberkas Pencuri MacBook Dan iPad Dalam Tempoh Sejam
- Dapat Kesan Lokasi Telefon, Mekyun Bersama Polis Berjaya Ambil Terus Dari Rumah Pencuri
my iphone got stolen before the concert started and find my iphone shows that the location is at indonesia rn 😭 be careful guys especially when it’s at crowded area, idk what to do now #BORNPINKinKL pic.twitter.com/eERmGdhvKE
— c 🤍 (@user94osh) March 7, 2023
Difahamkan beliau berjaya menjejaki iPhone tersebut menggunakan FindMy selepas itu dan dikesan sudah berada di Indonesia. Beliau kini hanya boleh mengaktifkan ciri Lost Mode agar pencuri itu tidak boleh mengakses data sensitif yang terdapat pada peranti tersebut.
Ekoran insiden itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati terutamatanya di tempat sesak dengan orang ramai. Hal ini kerana kita tidak dapat menjamin keselamatan barang sewaktu bersesak di acara besar dan seumpamanya.
Oleh itu, pastikan peranti anda sentiasa disimpan rapi di dalam poket atau beg agar tidak mudah untuk diseluk. Pastikan anda sudah mengaktifkan ciri FindMy pada peramti untuk memudahkan jejakan jika berlaku kehilangan.