Antara perkara yang perlu diambil kira ketika di tempat awam adalah apabila berlaku kesesakan orang ramai sekaligus barang-barang berharga terdedah kepada bahaya kecurian.

Perkara ini telah dialami oleh seorang wanita yang mana mengatakan iPhone miliknya telah dicuri sewaktu bersesak di kawasan awam menerusi satu ciapan. Difahamkan perantinya hilang ketika berada di Stadium Bukit Jalil sebelum konsert Blackpink berlangsung pada Sabtu lalu.

Baca Juga:

Difahamkan beliau berjaya menjejaki iPhone tersebut menggunakan FindMy selepas itu dan dikesan sudah berada di Indonesia. Beliau kini hanya boleh mengaktifkan ciri Lost Mode agar pencuri itu tidak boleh mengakses data sensitif yang terdapat pada peranti tersebut.

Ekoran insiden itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati terutamatanya di tempat sesak dengan orang ramai. Hal ini kerana kita tidak dapat menjamin keselamatan barang sewaktu bersesak di acara besar dan seumpamanya.

Oleh itu, pastikan peranti anda sentiasa disimpan rapi di dalam poket atau beg agar tidak mudah untuk diseluk. Pastikan anda sudah mengaktifkan ciri FindMy pada peramti untuk memudahkan jejakan jika berlaku kehilangan.