Semalam dilaporkan bahawa seorang influencer media sosial berkongsi pengalaman berdepan situasi mendebarkan apabila terdengar suara menjerit meminta tolong di kawasan perumahannya di Selangor untuk satu tempoh yang agak lama.
Bukan itu saja, sebaik saja suami serta jiran mereka yang lain bertanyakan kepada wanita tersebut tentang lokasi keberadaannya pada ketika itu, kedengaran pula suara seorang lelaki berhampiran dengan tempat berkenaan meminta supaya tidak layan jeritan tersebut.
Baca Juga:
- ‘Ingat Punching Bag Ke?’- Lelaki Siku Wanita 2 Kali Sambil Menunggang Motosikal Buat Netizen Bengang
- Tindakan ‘Abang Sepana’ Bantu Halang Wanita Daripada Dipukul Suami Terima Pujian Netizen
- Jiran Kena Dera Dengan Suami, Tindakan Gadis Ini Lapor Polis Terima Pujian Netizen
Lepas laki tu cakap macam tu, perempuan tak berhenti mintak tolong…sayup2 je dengar macam sambil menangis. Pastu I call polis, bagitahu suruh datang ada orang mintak tolong. Time polis peronda sampai, polis call balik & husband I bgtau suara tu maybe dari block sebelah kitorang. pic.twitter.com/asvk8Zkq39
— Mijachan ♡ (@runningpanda_) December 3, 2022
Walau bagaimanapun, masih kedengaran suara wanita berkenaan meminta tolong dan perkara itu mendorong influencer berkenaan segera menghubungi pihak polis. Kemudian, pihak polis tiba dan wanita tersebut turun dari blok untuk berbincang.
Selepas itu, wanita terbabit dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan menurut influencer berkenaan, mangsa berkemungkinan terlibat dengan kes keganasan rumah tangga.
Tindakan influencer tersebut telah meraih pujian ramai kerana membantu wanita tersebut. Lantaran itu, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman yang mereka pernah hadapi dan cara mereka menanganinya.
Masa polis tu angkat je terus dia sebut ya en syamil. Terperanjat gak polis tetiba sebut nama kita. Haha
— شامىل لطىڨ (@syam2307) December 3, 2022
lepas tu dengar dan nampak jelas si isteri meraung kuat (keadaan pun nampak mcm lunyai je), husband marah2 sambil jerit "aku cerai kauuu!!!" disambung dgn kata2 mencarut toward si isteri. lepas tu ada acik jiran saya ni jerit dekat si suami tu,
— Záriqa Dang Suri (@zaaarq) December 4, 2022
Beb, i pernah juga depan mata tgok suami isteri bergaduh, mereka jiran selang 2 rumah, smpai depan rumah kitaorg suami dia hambat isteri dia, siap periuk belanga terbang sana sini lg.. aduhai seram. Terus je kitaorg call polis
— Sha Jamil | Ша Джамиль (@Syadisya) December 4, 2022
Rata-rata netizen bercerita pernah bertemu dengan wanita yang memerlukan bantuan dan mereka pun mengambil tindakan pantas menghubungi pihak polis. Maka, tindakan influencer tersebut untuk menghubungi polis adalah tepat kerana dapat menyelamatkan mangsa.