Sudah menjadi lumrah kucing sememangnya haiwan yang perlu dilidung malah sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan buat sesetengah individu. Dalam pada itu, sehingga kini masih terdapat lagi individu yang tidak bertanggungjawab memilih untuk mencederakan haiwan kesayangan ramai ini.

Menerusi video yang tular daripada perkongsian Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia di Facebook, dapat dilihat sebuah kucing yang tersilap masuk ke sebuah rumah apabila penghuni rumah berkenaan memilih untuk memukul kucing secara kejam berkali-kali tersebut menggunakan sebuah batang sehingga membuatkan kucing tersebut lari lintang-pukang.

Tindakan yang dilakukan turut mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) yang memohon pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu tersebut

Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima aduan selepas rakaman video tular memaparkan seorang wanita memukul seekor kucing menggunakan kayu.

Menurutnya, menerusi video itu jelas kedengaran suara seorang individu yang berada di kawasan rumah menyarankan wanita terbabit memukul kucing itu sehingga mati.

Katanya, perbuatan itu boleh dikategorikan sangat kejam kerana terdapat pelbagai cara lain yang lebih bijak dalam menangani masalah itu seperti menanam pokok Coleus Canina atau menggunakan semburan penghalau haiwan yang selamat digunakan kepada haiwan.

Tindakan yang dilakukan turut membuatkan para netizen khususnya para pencinta haiwan berang. Tidak kurang juga yang mahu pemukul kucing berkenaan dikenakan tindakan. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.

Sumber: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia – SAFM
Sumber: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia – SAFM

Menurut penganalisis jenayah haiwan, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku ketika kerajaan sudah menperkenalkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 di samping mendedahkan banyak program kesedaran di laman sosial. Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana mampu memberi kesan yang besar terhadap kesihatan haiwan yang terlibat.

Tular pada minggu ini apabila ‘Kak Long’ yang tular mengenai kes di 7-Eleven dipilih oleh sesetengah pihak untuk melakukan promosi produk sekaligus mengundang persoalan netizen.

Netizen Pelik Mengapa Ada Pihak Sanggup Ambil ‘Kak Long’ Untuk Buat Promosi Produk

Netizen Bengang Lihat Wanita Ini Ditampar Rakan Serumah Gara-Gara Masak Di Dapur Jam 5 Pagi

 

Sumber