Pengguna Shopee yang tinggal di Lembah Klang kini boleh mendapatkan barangan dibeli mereka dengan pantas dalam tempoh sekitar 2 jam selepas pembelian dilakukan.

Shopee mahu membawa pengalaman pembelian serba baharu dan pantas kepada penggunanya dengan perkenalkan ciri ‘Instant Delivery’ ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, perkhidmatan penghantaran tersedia jika membuat pembelian antara waktu dari jam 9 pagi hingga ke 9 malam.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan ini juga tersedia sekiranya jarak pembeli dan penjual adalah sekitar 30 kilometer. Caj yang dikenakan pula, RM6 akan dikenakan untuk jarak 4km pertama dan ia meningkat RM1 untuk setiap kilometer seterusnya sehingga maksima 30km.

Akan tetapi, barang yang boleh dihantar melalui Shopee Instant Delivery ini termasuk berat maksimum 10kg, selain barangan bersaiz 30x30x30cm.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link ini dan boleh menyemak penjual yang menawarkan serta menyokong penghantaran segera ini.