Anak kepada seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang telah dibelasah dengan teruk oleh beberapa individu di pasar tani Chukai, Kemaman baru-baru ini memberi kenyataan bagi pihaknya selaku ahli keluarga.

Dia mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia ke atas titipan doa dan sokongan yang diberikan kepada keluarganya menerusi satu hantaran di TikTok bernama @nrulfrhana.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Dalam pada itu, dia memaklumkan bahawa bapanya kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dan menawarkan bantuan kepada keluarga kami. Kami amat menghargainya.

“Ayah kini berada di hospital di Terengganu untuk menerima rawatan. Sekali lagi, terima kasih,” tulisnya.

Di dalam video yang dikongsikan, kelihatan lelaki tersebut di dalam hospital sedang menjamu kuih serta menerima rawatan yang mana tangan dimasukkan tiub titisan IV.

@nrulfrhana._

♬ original sound – Ros Aishah – Ros Aishah

Hantaran itu mendapat lebih 5 juta jumlah tontonan di samping netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa bapanya.

“Rehatlah abah, mesti abah sakit,” komen seorang netizen.

“Satu ayah tersakiti, semua anak merasakannya,” luah seorang lagi.

“Kami dari Brunei, aku pun sebak tengok pak cik dipukul ditendang… menangis kami oi. semoga Allah berikan Pakcik kesihatan syifa… Allah akan makbulkan doa orang yang teranaiya…amin. kami sayang pak cik,” pesan seorang netize yang dipercayai dari sabah.

Dalam pada itu, majoriti warganet turut meluahkan rasa kebimbangan mengenai keadaan mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala ekoran ditendang dengan kuat di dalam kejadian itu.

Menyingkap semula insiden tersebut, mangsa yang berusia 47 tahun dipercayai memasuki kawasan tapak jualan pasar tani dengan motosikal sebelum insiden berlaku.

Dia juga dibelasah dengan teruk malahan tiada siapa yang sudi membantunya ketika dia meminta air untuk diminum.

Pada video lain yang dikongsikan oleh pengguna media sosial lain juga, lelaki itu berada dalam ketakutan atau seperti trauma sambil memegang erat tangan anaknya.