Apabila barang tercicir atau hilang, kita pasti menjangkakan peluang untuk bertemu semula adalah sangat tipis. Tetapi tidak semua kehilangan menemui jalan buntu kerana masih ada individu yang baik di luar sana sedia memulangkan semula barang yang dijumpai.
Kisah ini melibatkan seorang pemuda ini yang mana menerima pujian netizen selepas gigih mencari pemilik telefon yang ditemuinya di surau sebuah pasaraya.
Baca Juga:
- Pekerja Pasaraya Pulangkan Beg Berisi RM18,000 Dalam Troli Raih Pujian Netizen
- Baru Sedar Terjual Ubi Getuk ‘Masam’, Peniaga Bazar Ramadan Ini Sedia Pulangkan Semula Wang Pelanggan
- Rakyat India Mahu Berlian Legenda Kohinoor Dipulangkan Selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth II
Menurut pemilik akaun TikTok @abam.adi, beliau sanggup menunggu di lokasi itu dengan harapan agar pemilik berpatah balik untuk mencari telefon telefon tersebut.
“Keluar dari surau je, ternampak handphone seseorang tertinggal atas kerusi. Mungkin owner tercicir kot. Jadi, kami tunggu sekejap, kot ada panggilan masuk.
“Boleh terus maklum telefon tercicir. Lama juga kami menunggu. Jadi, saya ambil keputusan cuba tekan handphone tu. Rupanya ia tidak berkunci
“Saya terus masuk ke log panggilan dan terlihat ada nama umi. Mungkin ibu owner ini. Saya pun terus hubungi,” cerita Adi di video tersebut.
Menurut individu itu, ibu kepada pemilik peranti tersebut menjawab panggilan yang dibuatnya. Selepas menceritakan situasi yang berlaku, Adi diberitahu bahawa anak lelaki kepada wanita itu bekerja di dalam pasaraya berkenaan.
“Ibu memaklumkan yang anaknya kerja di Coway dalam Mydin itu. Ibunya pun ucap berbanyak terima kasih. Kami pun terus pusing-pusing mencari owner handphone ni sambil bercakap dengan ibunya di panggilan.
“Alhamdulilah, akhirnya dapat juga jumpa owner. Beliau tidak perasan handphone tercicir di kerusi luar surau,” ujarnya lagi.
Menerusi video di TikTok, Adi dilihat menghampiri seorang pemuda sebelum beliau menyerahkan telefon yang ditemuinya. Malah, mereka juga turut sempat berborak dan bersalaman. Beliau juga memaklumkan perlu menghubungi ibunya untuk mencari petunjuk
@abam.adi hantar semula hp saudara kita yg tercicir. semoga Allah permudahkan urusan kita semua. #fyp #RahmatAllah
β¬ Lokman Naufal_Haruman Terindah – κ§ πΉ.πππ_πΆπππππππ κ§
Video tersebut kini meraih hampir 95,300 tontonan di TikTok dan telah dihujani dengan komen positif oleh netizen. Ramai yang berterima kasih kerana sikap jujur yang ditampilkan boleh menjadi teladan kepada orang lain.
Malah, mereka juga berpendapat bahawa setiap kali kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah turut bakal memudahkan seharian kita juga. Diharapkan dengan video ini dapat menanam sikap kejujuran di kalangan masyarakat kita.