Memang lumrah bila melancong, kita hanya mahu tunjuk yang indah-indah sahaja di media sosial. Begitu juga dengan lambakan influencer di negara seberang yang sering menyajikan visual memukau mengenai pantai-pantai di sekitar Lombok Timur.

Tetapi, bak kata pepatah, indah khabar dari rupa. Seorang pencipta konten dari Malaysia baru-hari ini membuat pendedahan mengejutkan apabila beliau menunjukkan keadaan sebenar dan ‘sisi gelap’ destinasi percutian tersebut yang jauh berbeza dari apa yang kita selalu tonton.

Ingatkan netizen Indonesia nak marah bila orang luar tegur negara mereka, tapi rupa-rupanya reaksi yang diterima sangat luar biasa. Rata-rata mereka menyokong dan berterima kasih kerana akhirnya ada pihak yang berani menularkan isu ini supaya tindakan segera dapat diambil.

“Berlambak influencer Lombok datang pantai ni tapi tak pernah jumpa pun konten yang highlight masalah ni, eh tiba-tiba tahu daripada content creator Malaysia,” ujar seorang wanita Indonesia dengan nada terkejut.

Di dalam hantaran asal, seorang pencipta konten dari Malaysia bernama noitpippo telah memperlihatkan satu video yang cukup menyayat hati tentang realiti penduduk di daerah paling kering di Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Difahamkan ribuan penduduk daerah tersebut menghadapi kesukaran mendapatkan sumber air bersih kegunaan seharian sejak beratusan tahun lamanya.

Sehinggakan penduduk terpaksa bergadai nyawa untuk mendapatkan sumber air bersih dari satu paip yang tersedia di persisir bukit yang tinggi.

Selain kesukaran mendapatkan sumber așas, kanak-kanak berusia 8 tahun terpaksa meninggalkan bangku sekolah lebih awal kerana jarak terlalu jauh yang memberi gambaran jelas kos pengangkutan yang tinggi.

Oleh itu, ada sebahagian netizen Indonesia turut merasa kecewa dengan realiti sebenar yang selama ini terlepas pandang dan tidak pernah diutarakan oleh mana-mana pencipta konten lain yang datang ke Lombok.

Alangkah sayangnya walaupun dikurniakan dengan keindahan alam sekitar tetapi asas keperluan untuk hidup di kawasan itu masih terhad dan dibebani kemiskinan yang melarat.

@noitpippo

Kami sengaja dibiarkan miskin dan bodoh. #ceritauntuknoah

♬ original sound – Noitpippo | The Documentarian – Noitpippo | The Documentarian

Fakta yang lain dikongsikan oleh pencipta konten itu apabila ada penduduk tempatan yang terpaksa membeli air bersih untuk diminum.

Oleh hal demikian, netizen seberang berharap agar video ini bukan sahaja bakal membuka mata rakyat di sana tentang sisi gelap di Lombok Timur yang selama ini tidak disedari malahan menjadi bukti yang jelas perlu adanya tindakan progresif dari badan kerajaan dalam memenuhi keperluan asas penduduk yang terjejas.