Sebelum ini, kisah Ammara yang dimarahi oleh guru di sekolah kerana mengenakan solekan ketika sambutan Hari Kemerdekaan telah tular di media sosial.

Bapa kepada Ammara turut mendakwa guru terbabit telah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kepada anaknya yang masih di tahun dua itu.

Seakan kesedihan terganti, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi miliknya menyapa Ammara yang mengenakan busana unik di acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, di Putrajaya semalam.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Al-Sultan Abdullah dipercayai mahu berangkat pulang usai acara tersebut selesai dan Seri Paduka turun dari kenderaannya selepas melihat kanak-kanak tersebut melambaikan tangannya di sisi bahu jalan.

@ammarakeyshaofficial

Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya.. #AmmaraJumpaAgong #AgongJumpaAmmara #ammarakesya #ammaraviral #kanakkanakviral #AmpunTuanku #HariKemerdekaan #merdeka #ammara #bajuammaraviral #kisahammara #ammaratiktok

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Malah, Seri Paduka sempat menunjukkan reaksi terkejut selepas pengiringnya memaklumkan Ammara pernah tular di media sosial. Seri Paduka turut perkenan untuk merakam beberapa gambar bersama Ammara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan moment Ammara bertemu dengan Seri Paduka sebagai ganti kepada kesedihannya.

Bukan itu sahaja, netizen turut menumpang gembira melihat wajah ceria yang ditunjukkan Ammara dan berharap Ammara akan hargai moment berharga tersebut.