Sejak dari tahun lalu, perkhidmatan ‘sleeper train’ digunakan oleh ramai pelancong dan menjadi trend untuk healing lari dari kesibukan kota.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok telah berkongsi sebuah video yang memaparkan pengalamannya menaiki sleeper train kerana mahu mengikuti trend.

Baca Juga:

@crabfish

tulaa org duk viral nak naik sleeper train kau nak naik gak, kan dah terkena🤣 #fyp #sleepertrain #gonewrong #fypシ #traveltiktok #travel

♬ original sound – TK✰ – TK✰

Menerusi video itu, dia menunjukkan tilam tempat tidurnya basah dan tidak mengetahui punca air itu datang dari mana.

Susulan itu, dia maklumkan saja pada staf yang bertugas dan menurutnya, staf bertugas akan menggantikan tilam atau tempat penumpang.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Segelintir netizen yang pernah menaiki ‘sleeper train’ turut berkongsi pengalaman pahit mereka seperti lipas berjalan di kaki, penumpang muntah dan sebagainya.

Malah, ada netizen mempertikaikan kebersihan dalam ‘sleeper train’ dan segelintir netizen memang ‘repeat’ menaiki perkhidmatan keretapi ini tetapi membawa sarung untuk bantal dan tilam bagi memastikan tempat tidur mereka bersih.