Walaupun sejumlah kereta kini sudah pun memiliki sokongan sistem penstriman muzik seperti Apple Car Play atau Spotify, masih juga ada individu yang menggunakan pendrive untuk memainkan lagu kegemaran peribadi.

Tular di platform X apabila seorang pengguna mendedahkan kewujudan individu yang berjaya meraih pendapatan lumayan dengan menjual pendrive yang berisi kompilasi lagu-lagu dari artis terkemuka di Malaysia atau negara jiran kita.

Baca Juga:

Sumber Gambar: X @MHaffizJ

Lebih memeranjatkan lagi, apabila sudah sebanyak 22,100 unit pendrive telah terjual yang berharga sekitar RM10 dan ke atas. Hal ini sekaligus merekodkan jualan yang diraih mencecah ratusan ribu ringgit di platform kedai dalam talian tersebut.

Sumber Gambar: X @MHaffizJ

Malah, para penjual juga melantik rakan affliate untuk merancakkan lagi jualan menerusi pelbagai platform media sosial. Difahamkan pendrive ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh warga tua atau kurang celik IT kerana mahu memainkan lagu kegemaran di dalam kereta.

Bagaimanapun, netizen mula persoalkan tindakan individu yang berbuat sedemikian kerana dilihat sudah melanggar hak cipta kerana mengambil keuntungan di atas hasil kerja orang lain.

individu jual pendrive
Sumber Gambar: X @MHaffizJ
individu jual pendrive
Sumber Gambar: X @MHaffizJ

Selain itu, ada juga yang membangkitkan isu keberkatan dalam mencari rezeki di mana sangat dituntut oleh agama Islam. Menariknya, sebahagian pengguna internet yang berkerja sebagai rider juga mengakui permintaan pendrive ini sangatlah tinggi di kalangan masyarakat.

Bercakap mengenai kos pula, penjual hanya menyediakan pendrive yang tidak berjenama dan memasukan senarai lagu seperti yang dipinta atau berdasarkan tema-tema tertentu.

Sumber Gambar: Shopee

Dengan ini, mereka sepertinya mengambil untung di atas angin dengan usaha yang sedikit sahaja. Tidak hanya berlaku di media sosial, malah sejumlah penjual juga dilihat aktif membuat jualan menerusi laman e-dagang terkemuka tempatan seperti Shopee dan Lazada.

Jika diikutkan undang-undang harta intelek dan hak cipta, para penjual ini boleh dikenakan saman kerana menggunakan hasil kerja orang lain tanpa kebenaran. Anda boleh berbuat sedemikian jikakalau ada membayar royalti kepada pencipta asalnya.

Sumber