Baru-baru, sebuah video TikTok yang dikongsikan seorang warga Singapura telah menjadi perhatian ramai apabila memaparkan keadaan sebuah hotel di Shah Alam yang telah terbiar dan dipercayai ditutup pada tahun 2020.
Menerusi perkongsiannya itu, dia berasa terkejut melihat keadaan hotel terbabit dan lebih mengejutkannya apabila hotel yang telah ditutup itu masih lagi disarankan serta boleh ditempah di Agoda.
Baca Juga:
- Terbengkalai Dan Penuh Semak Samun, Ini Keadaan Terkini MAPS Ipoh Selepas Tiga Tahun Ditutup
- Terpaksa ‘Check-Out’ Tengah Malam, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Buruk Menginap Hotel Di Cameron Highlands
- Tutup Dan Tiada Penghuni, Pengalaman Buruk Lelaki Ini Tempah Hotel OYO Raih Perhatian Netizen
@mischarielle Stumbled upon an abandoned hotel still listed on Agoda 😳 #carlton #hotel #carltonhotel #abandoned #abandonedplaces #closed #holiday #agoda #travel #traveltok #shahalam #selangor #malaysia #asia #southeastasia #fyp #foryou
Hasil cariannya di aplikasi itu, hotel terbengkalai itu disarankan sebagai pilihan pertama carian di Shah Alam dan bilik di hotel itu dikatakan juga habis ditempah tetapi realitinya hotel itu sudah terbengkalai.
Perkongsian video itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat keadaan hotel itu yang terlihat menyeramkan.
Dalam pada itu, segelintir netizen turut berkongsi kenangan mereka di hotel terbabit. Selain itu, para netizen turut meminta pihak Agoda untuk menyemak saranan yang mereka beri untuk tempahan hotel dan juga kemas kini senarai hotel yang masih wujud.