Selain passport hilang, handphone rosak juga boleh membawa malapetaka buat mereka yang sedang travel. Apatah lagi jika di situlah banyak tersimpan gambar yang diambil sepanjang trip.

Tapi berbeza pula dengan Noor Syuhada Azis, atau panggilan singkat Syu yang telah bertemu jodoh ketika travel kali ke 2 ke India pada tahun 2015.

Segalanya bermula apabila Syu masuk ke sebuah kedai phone & accessories di Manali Mall Road untuk mencari charger baru setelah charger handphone nya hilang ketika di Manali, India.

“Masa tu dia tak pandang saya, sibuk kemas kedai tertonggeng-tonggeng. Waktu pun masih pagi, baru buka kedai. Sepupu dia yang handle saya. Lepas dia pandang, adoi saya pulak yang terkesima jadi tak tentu arah.”

Tidak cukup dengan charger hilang, handphone Syu pula tiba-tiba rosak hingga terpaksa ditinggalkan di kedai tersebut untuk dibaiki.

jodoh-masa-travel-1

Beberapa hari kemudian bila handphone sudah ok, Syu menerima satu mesej whatsapp dari Virender Dev yang merupakan pemilik kedai repair handphone yang telah dikunjungi ketika di Manali.

“Rupanya Vren ambik nombor saya masa phone rosak. Awalnya saya tak layan tapi lepas tu kami jadi kawan baik. Sampailah dia propose ajak kahwin.”

Menurut perkongsian Syu di Facebook, kini sudah setahun mereka berkahwin. Syu juga kini menetap di Manali bersama suaminya yang telah memeluk Islam.

jodoh-masa-travel-2

Penerimaan keluarga mertua

Masuk ke dalam keluarga baru yang bukan saja berlainan bangsa tapi juga berbeza adat dan agama bukanlah mudah.

Tapi menurut Syu, dia diterima baik oleh keluarga mertua. Mengimbau kembali detik pertemuan pertama dengan keluarga bakal suami, ujar Syu, “first time jumpa saya, emak dan adik ipar terkejut sebab saya gemuk. Belum pernah dalam sejarah keturunan depa ada yang gemuk. Tersentap sekejap!”

Namun atas nasihat bakal mertua yang bercakap dengan penuh hemah, Syu mengambil inisiatif untuk turunkan berat badan. Sehingga kini Syu telah berjaya hilang 28kg daripada berat asal.

jodoh-masa-travel-19

jodoh-masa-travel-18

Amalan tradisi yang masih tebal

Perkampungan keluarga mertua Syu yang jauh di pergunungan ini juga masih tebal dengan adat dan tradisi.

Orang perempuan hanya duduk di rumah dan tak kemana-mana melainkan di sekitar kawasan rumah, berjalan di kawasan tanah milik keluarga atau ke jalan utama saja.

“Saya ni teruja jadi jalan-jalan lah ke rumah jiran nak explore siap sembang bagai nak rak. Adik ipar kejar suruh balik dan dia kata jangan suka-suka pergi rumah orang. Nanti jadi gossip sebab sini kampung,” – Syu.

Perempuan di sini juga dididik menghormati orang tua, sopan santun, mesti pandai masak, pandai mengait, pandai bertani, mengemas rumah dan sentiasa memuliakan tetamu.

“Mereka jugak tak boleh tergedik gedik depan orang yang tak dikenali apatah lagi orang lelaki asing. Juga sangat rajin. Ni baru contoh hantaran boleh letak tinggi,” – Syu.

Duduk bersila adalah amalan kaum di sini. Ketika pertama kali ke rumah mertua, ujar Syu, “Aku duduk bersimpuh aje lah dah bersila tak boleh hahaha. Lantakkan. Yelah dulu peha besar mana boleh nak bersila bagai, bersimpuh pun sopan apa? Sekarang alhamdulillah boleh bersila dengan sempurna.”

Selain daripada itu, sepanjang di rumah mertua, Syu digalakkan agar sentiasa menjaga penampilan agar kemas dan cantik. Ibu mertua Syu sangat suka bila nampak Syu berhias.

“Lepas mandi tengok saya sikat rambut nanti dia puji lawa, kemas. Tak kemas nanti dia tegurlah. Saudara mara datang pun kena tengok saya dah lawa ke belum, then baru lepaskan saya jumpa sedara mara,” Tegas Syu lagi.

jodoh-masa-travel-10
Hasil tanaman di kampung mertua Syu

jodoh-masa-travel-9

jodoh-masa-travel-22
Dadi, nenek Vren yang berusia hampir 90 tahun, masih kuat dan sihat.

Kehidupan mereka di sini juga sederhana dan sihat. Suami Syu turut mempunyai seorang nenek berusia mencecah 90 tahun yang masih kuat dan sihat, bebas dari sebarang penyakit. Malahan mata nenek yang dipanggil Dadi ini juga masih cerah dan boleh melihat tanpa masalah.

“Dadi sangat manja dan selalu usik saya. Dia perfectionist dan tak boleh tengok pinggan mangkuk lama di atas meja, mesti dia ambil dan basuh. Tu belum tengok dia siapkan tempat tidur. Di musim sejuk depa tidur di dapur sebab ada tandoor heater.”

Mertua dan adik ipar Syu pula tidak pernah keluar dari Himachal Pradesh. Malahan mereka pula yang bertanya kepada Syu bagaimanakah suasana dan keadaan di Delhi.

Dan, walaupun berbeza agama, adat tradisi dan fahaman, Syu sangat hormati dan sayangkan mereka.

Ingin promosikan kampung suami

Bagi Syu, kampung suami dia sangat cantik dan wajar dipromosikan. Dengan pemandangan gunung ganang indah, udara bersih dan belum tercemar serta bekalan air bersih dari glasier yang boleh diminum terus tanpa perlu dimasak.

Budaya, pakaian dan bahasa di kampung ini juga berbeza berbanding di bahagian lain India.

Terletak di Lahaul, Himachal Pradesh, kadar jenayah di kawasan ini sangat rendah. Disebabkan ia terletak jauh di pergunungan, akses telefon dan internet juga masih belum ada di kawasan ini.

jodoh-masa-travel-16
Pakaian tradisi penduduk kampung di sini. Pakaian tradisional mereka kelihatan sopan dengan tudung diikat di depan.

jodoh-masa-travel-6

Begitu juga kenderaan yang lalu lalang sangat kurang hinggakan hon kereta, lori atau motor hampir tidak kedengaran langsung. Sangat berbeza dengan identiti negara India terutama di bandar besar yang sesak dan bingit dengan bunyi hon kenderaan.

Namun begitu bekalan air, klinik kerajaan dan kos rawatan serta ubat-ubatan diberikan percuma kepada penduduk tempatan.

Dari segi bahasa pula, penduduk di sini bertutur dalam bahasa Lahauli. Pertuturan mereka juga jauh dari bunyi Bahasa Hindi mahupun Bahasa Tamil.

Paling Syu gemar adalah soal kebersihan. “Rumah mentua juga sangat bersih dan terjaga, tersusun. Sejenis saya yang suka benda kemas ni memang happy lah. Hari-hari depa sapu, mop lantai terutama dapur.”

Penduduk di sini majoriti bekerja sebagai petani, bercucuk tanam di ladang dan di keliling rumah.

Bagi Syu sendiri, dia sangat sukakan keadaan ini kerana di keliling rumah mertua penuh dengan sayur yang ditanam sendiri seperti salad hijau, salad kuning dan purple, kobis hijau dan purple, lobak merah, brokoli, kentang merah, tomato, cauliflower, bawang besar, epal, pokok bunga lily, gardenia, ros, bawang dan bermacam sayur lagi.

“Susu nak minum perah sendiri. Setiap hari kami minum susu segar. Mentega dan ghee pun mertua buat sendiri. Thanks to lembu comel 4 ekor kesemuanya.”

Dari segi makanan pula, hidangan di sini lebih ringkas dan tak terlalu berempah berbanding daerah lain di India. Mereka banyak makan sup, dhaal, momo (sejenis macam dimsum inti sayur atau ayam/kambing), sayuran hasil tanaman sendiri dan roti yang dibuat sendiri.

“Rumah mentua berhadapan dengan beberapa buah gunung ganang yang cantik gila. Bila buka pintu rumah atau dari dalam bilik kami boleh nampak gah sangat. Serius saya terpegun dan takjub dengan kuasa Allah SWT.”

jodoh-masa-travel-21

jodoh-masa-travel-5

Ujar Syu lagi dari atas bukit rumah mentua dia boleh nampak sungai jernih warna biru hijau mengalir dari sungai Chandra. Punca air sungai pula asalnya dari Chandratal Lake, turun mengalir ke utara.

Seiring dengan masa, dijangkakan pada penghujung tahun ini atau pada tahun 2020 satu terowong akan dibuka dari Solang Valley terus ke Lahaul. Pembukaan terowong ini pasti akan merancakkan industri pelancongan di daerah ini.

Malahan sudah semakin ramai penduduk tempatan yang balik semula ke Lahaul kerana daerah ini akan membangun dan menjadi antara daerah yang bakal menarik ramai pelancong.

Bagi Syu dan suami pula, mereka bercadang untuk membina homestay. “Suami Syu juga merancang untuk membeli tanah tambahan di kampungnya. Ditambah pula hanya penduduk asal sahaja yang dibenarkan untuk beli tanah di sini.