Terkandas akibat musibah banjir di luar negara, apa yang kami lakukan?
Benarlah kata pepatah kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

Percutian yang dirancang dengan teliti pada beberapa minggu lalu ke Belitung, Kepulauan Bangka, Indonesia bersama 8 orang rakan yang lain hampir membuatkan kami tidak dapat pulang ke Malaysia mengikut jadual yang telah dirancang.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Sebut mengenai Belitung, pasti yang berlegar di minda kita adalah karya Andrea Hirata bukan? Atau kisah Laskar Pelangi mahupun Sang Pemimpi.

Bencana banjir kali ini dianggap terburuk dalam sejarah 56 tahun di Belitung. Banjir teruk telah memutuskan beberapa jalan utama di sekitar Kota Tanjung Pandan, Manggar, Gantong dan jalan utama menuju ke Lapangan terbang H.A.S Hanandjoeddin.

Beberapa tempat tumpuan pelancong seperti Muzium Kata Andrea Hirata, Rumah Keong dan Rumah Ahok telah ditenggelami air. Difahamkan, hujan yang lebat turun selama tiga hari secara berterusan adalah punca bencana ini terjadi. Dan pada hari pertama kami telah terkandas lebih dari 5 jam di Kota Manggar menuju ke Kota Tanjung Pandan.

edf

kembara-ke-belitung-3

kembara-ke-belitung-4

kembara-ke-belitung-5

Apa yang kami lakukan sewaktu berhadapan dengan situasi sebegini?

1. Bersikap tenang dan tidak mudah panik

Jangan terlalu gelabah biawak, tipu lah kalau tak cuak kan. Tapi bersikap tenang lebih membuatkan kita berfikir secara cepat dan betul. Terkandas 3 kali dalam perjalanan pulang ke hotel, dan kami memilih untuk mencuba dan terus mencuba jalan yang boleh dilalui atas nasihat orang tempatan.

Sekitar 6 jam pemanduan dan melepasi jalan ke tiga yang sempit merentasi beberapa buah kampung, barulah kami tiba di hotel yang asalnya hanya memakan masa sekitar setengah jam.

Kami tidak berani melengahkan masa kerana bimbang jalan lain juga akan ditutup memandangkan air telah memutuskan jalan hingga mencecah kedalaman 2 meter. Dan dikhabarkan jalan terakhir yang kami lalui juga ditutup selepas beberapa jam kami tiba ekoran dilimpahi air.

2. Tidak bersifat provokasi

Jika anda tidak mampu menyelesaikan masalah, jangan beri tekanan pada yang lain. Seeloknya, bertindak dengan bijak semasa situasi ini. Alhamdulillah, kami semua bersikap matang dan tidak melakukan atau menunjukkan sebarang sikap provokasi.

Dengan cara ini pemandu tempatan hanya membiarkan kami berdiskusi dengan tenang dan bersedia mengikut keputusan kami untuk terus mencari jalan keluar.

3. Periksa keadaan sebenar

Selepas mendapat beberapa mesej dari teman di Malaysia mengenai keadaan sebenar di Belitung, kami bergegas memeriksa untuk pastikan berita yang disampaikan sahih atau pun tidak.

Berita jalan utama terputus menuju ke Bandar udara membuat kami sedikit gusar kerana penerbangan kami ke Jakarta akan berlepas pada awal
pagi.

Air yang melimpahi sehingga paras lutut melimpahi masih boleh dilalui bagi kenderaan berat. Pada mulanya kami berhajat untuk terus berada di lapangan pada malam itu juga, bagi mengelakkan masalah lebih besar pada kami.

Atas nasihat warga tempatan, kami menukar rancangan kerana bandara udara di situ sunyi dan kurang sesuai untuk kami ke sana pada waktu malam.

Apa yang menarik perhatian saya semasa di sini adalah sikap orang tempatan yang mempunyai semangat membantu secara sukarela di sepanjang jalan, dipenuhi anak-anak muda memantau kenderaan dan orang awam yang berada disitu. Kecekapan mereka menangani musibah ini harus dipuji. Salute lah!

Baca: ‘Laskar Pelangi’ Dorong Saya Travel Solo Ke Pulau Belitung Dan Rasai Pengalaman Ini

kembara-ke-belitung-11

kembara-ke-belitung-7

kembara-ke-belitung-9

kembara-ke-belitung-10

kembara-ke-belitung-12

kembara-ke-belitung-12

4. Laporkan situasi anda kepada pihak berkuasa

Kami ke balai polis berdekatan untuk meminta bantuan dan pandangan daripada mereka. Mereka sangat-sangat membantu dan berjanji akan menghantar kami dengan menggunakan bas sekiranya jalan utama masih lagi terputus. Atas nasihat mereka, kami pulang ke hotel untuk berehat dan di waktu yang sama bersedia untuk sebarang kemungkinan.

5. Mempunyai akses internet

Sangat penting! Semasa terkandas di daerah Gantong, kami mencari alternatif dengan menggunakan Google Maps sehingga jalan ke 3 yang membawa kami keluar dari kawasan bencana. Memeriksa Weather dengan aplikasi dalam talian, semasa malam penerbangan pulang ke Jakarta dijangka hujan lebat dengan ketepatan 30%.

Jadi kami mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya hujan turun, kami akan terus ke Bandara Udara. Kami juga membuat giliran siapa yang akan berjaga mengikut masa. Last-last semua tidur nyenyak sebab yakin hujan tidak akan turun.

6. Kemas kini perkembangan anda kepada rakan atau keluarga terdekat

Ini sangat penting! Pastikan mereka mengetahui situasi terkini keadaan anda. Jangan keruhkan keadaan, dan ceritakan situasi terkini dan langkah yang bakal kita ambil untuk keluar daripada situasi bencana.

Cuaca yang tidak baik membuatkan beberapa pesawat kecil tidak dapat terbang dan terkandas. Salah seorang dari kami mempunyai 2 penerbangan lain menuju ke Kota Kinabalu, Sabah.

Penerbangan terkandas selama beberapa jam dan jika kami masih menunggu, ada antara kami akan terlepas penerbangan yang lain. Apa yang harus kami lakukan?

7. Berdiskusi dengan syarikat penerbangan

Masa. Mengambil kira masa yang suntuk kami berunding dengan pihak Sriwijaya Air tentang masalah penerbangan yang lain disebabkan faktor kami terkandas di sini. Mereka bersetuju memulangkan semula harga penuh tiket dan menukar kepada pesawat Garuda Airlines.

Suasana sangat cemas kerana pesawat tersebut hampir berlepas dan atas bantuan kedua-dua syarikat penerbangan terbabit, kami berjaya menaiki pesawat Garuda. Dah macam memasuki acara lumba lari, dengan bagpack di belakang. Dan pesawat terus berlepas sebaik saja kami duduk! Drama betul kan?

Bukan tukar secara percuma okay! Kami terpaksa membayar sekitar RM200 untuk tiket saat akhir.

8. Memohon bantuan anak kapal

Anda boleh guna cara ini, minta bantuan dari anak kapal. Ceritakan masalah anda dan minta mereka hubungi petugas di lapangan untuk memudahkan urusan kami termasuk dari beberapa segi pemeriksaan dan keluar dari pesawat. Berhasil!

kembara-ke-belitung-8

kembara-ke-belitung-13

kembara-ke-belitung-14

kembara-ke-belitung-15

kembara-ke-belitung-16

kembara-ke-belitung-17

kembara-ke-belitung-18

kembara-ke-belitung-19

Berada di dalam situasi sebegini tidak pernah mematahkan semangat kami malah merasakan satu pegalaman yang berbeza kerana ini kali pertama merasainya. Menyesal tidak pernah wujud dalam kamus pengembaraan aku.

Kalau tanya aku, kau nak pergi lagi tak? Harusla nak! Aku rindu anak-anak di Sd Muhamadiyah yang menyanyi menyambut ketibaan kami.

Semasa tiba di Malaysia, apa yang aku rasa? Aku merasakan sangat kejam tinggalkan mereka sendiri melalui musibah di sana tanpa apa-apa sumbangan. Atas inisiatif kami sendiri, bantuan daripda badan seperti DerakVenture, Persatuan Kebajikan Bakti Syabab Semalaysia dan hasil sumbangan orang awam dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Kelubi kami telah melancarkan misi bantuan makanan dan ubat-ubatan kepada Mangsa korban banjir di Belitung.

Apa khabar mereka di sana? Rindu keasyikan suasana desa di sana. In sha allah minggu ini aku ke sana lagi. Aku bawa buku untuk mereka! Aku harap mereka suka. Sungguh aku merasakan Belitung adalah sebahagian dari jiwaku.

Baca lagi: Keindahan Membiru Di Danau Kaolin Kini Jadi Lokasi ‘Hits’ Di Indonesia