Aksi unit peronda PDRM mengejar kenderaan yang dicurigai di lebuh raya bukanlah satu perkara asing di Malaysia. Dalam satu kejadian terbaharu, sepuluh buah MPV polis dirakam mengejar sebuah Proton Persona yang cuba melarikan diri disaksikan oleh pengguna lebuh raya.

Selepas melarikan diri sejauh 130 kilometer, sepasang kekasih yang mengelak dari pemeriksaan polis dan melarikan diri berjaya ditahan awal pagi Rabu, lapor Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pada jam 11.30 malam anggota Balai Polis Bandar Datuk Onn bersama rakan setugas membuat Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan terbabit.

@cha_sepet

10 biji mpv ligan dari jb smpi air hitam. Tak dadah msti ketum #mpvjbs #jbstyle #pastimasukfyp #Fyp

♬ Sang Saka Biru – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Alif

Katanya, polis kemudian mengesan sebuah Proton Persona dalam keadaan mencurigakan dan semasa hendak membuat pemeriksaan, suspek tiba-tiba mengundurkan kereta dan melanggar kenderaan polis sebelum melarikan diri.

“Anggota kemudian meminta bantuan bilik gerakan IPD JBS. Enam kereta peronda MPV dari IPD JBS dan empat kereta peronda MPV dari JBU yang sedang bertugas turut membantu menahan suspek.

“Suspek berjaya ditahan di Kilometer 76.6 Lebuhraya Utara Selatan dekat Ayer Hitam.

“Pemandu ialah lelaki tempatan berusia 20 tahun manakala teman wanitanya berusia 18 tahun. Hasil soal siasat awal mendapati suspek melarikan diri kerana sedang berdua-duaan dalam kereta dan terkejut apabila melihat peronda MPV menghampiri kenderaannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil semakan rekod lampau mendapati kedua suspek tiada kes jenayah atau kes berkaitan dadah.

Katanya, polis turut merampas Proton Persona, telefon bimbit dan wang tunai RM168.

“Kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 21 Januari depan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (memandu secara melulu).

Terdahulu seorang pemandu Perodua Alza dan pasangannya menyeret anggota polis yang berpaut pada bahagian bonet dalam cubaan melarikan diri selepas orang awam mendapati mereka berkelakuan sumbang di kawasan yang gelap.