Umum mengetahui sekitar beberapa hari yang lalu merupakan hari sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan oleh masyarakat berbangsa Tiong Hwa di Malaysia dan di seluruh dunia.
Dalam suasana yang bergembira, namun ada juga kisah duka seperti yang diluahkan oleh pengguna Twitter @JamaliahMimhat yang berkongsi ciapan mengenai rumah keluarganya yang hampir musnah akibat dilanggar oleh pemandu berbangsa Cina yang dipercayai mabuk ketika memandu. Khabarnya, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.00 pagi tadi di kediamannya.
Habis jahanam rumah mak bapak aku kau langgar. Pukul 4 pagi buat perangai mabok2 bawak kete laju2 langgar rumah orang. Pelik pulak orang macam kau panjang umur ek. Nak raye sangat kan! Haa raya kan sekali duit kau tu. Dungu pic.twitter.com/k47x5xpJrk
— Mamal 🇲🇾🇵🇸 (@JamaliahMimhat) February 14, 2021
Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan pemandu berkenaan terselamat daripada nahas tersebut lalu meminta maaf kepada keluarga berkenaan atas kejadian malang yang telah berlaku itu.
Perkongsian tersebut telah dibanjiri oleh komen daripada netizen dan rata-rata mereka saling menyalahkan sikap pemandu mabuk berkenaan yang tidak pernah jemu melakukan kesalahan yang boleh meragut nyawa orang yang tidak bersalah.
Apooooo😱😱 menyusahkan betul lah drunken driver ni🤬 https://t.co/3T53f3bmeI
— 린다ᴮᴱ⁷👨🚀 (@HunnieJoon) February 15, 2021
Asalkan ada melayu yg kesusahan akibat org mabuk, erna mahyuni pasti bertepuk tangan. https://t.co/ohYXA52tjS
— (っ◔◡◔)っ ♥ Apeci Apeca Lukamu Yg Tak Malu♥ (@Ekebal) February 15, 2021
https://twitter.com/nesloaisbungkus/status/1361153446380929027?s=20
Berharap kejadian seperti ini memberikan iktibar kepada pengguna jalan raya supaya memandu secara berhati-hati dan menghentikan amalan memandu sewaktu mabuk yang boleh menyebabkan kemalangan jiwa.
Bekas pengurus maut selepas rempuh kilang gara-gara kecewa diberhentikan kerja. Klik pautan di bawah untuk bacaan selanhutnya.
Kecewa Dan Tertekan Diberhentikan Kerja, Bekas Pengurus Maut Selepas Rempuh Kilang
Orang Ramai Mengamuk, Pemandu Mabuk Berusia 18 Tahun Dipukul Selepas Rempuh Kereta
Pemandu Mabuk Seret Motosikal Sejauh 2KM Dan Tunjuk ‘Thumbs Up’ Undang Kecaman Netizen