Seorang lelaki di Shenzhen, China nekad melakukan aksi luar biasa sebaik sahaja membeli iPhone 17.

Apple sebelum ini memperkenalkan Ceramic Shield generasi baharu pada iPhone 17, yang menurut mereka lebih kuat berbanding model terdahulu.

Lelaki itu mahu membuktikan kepada mereka yang di luar premis tersebut tentang ketahanan iPhone 17. Ini selepas ramai pengguna telefon Android di China sebelum ini melakukan ujian serupa ke atas telefon mereka.

Dan beberapa ujian ketahanan telefon versi Android benar benar terbukti. Dan ada juga yang tidak  menjadi.

Lalu lelaki itu mahu membuktikan bahawa iPhone 17 juga memiliki ketahanan skrin luar biasa.

Dia mengangkat telefonnya, pada kedudukan di atas kepalanya, dan melepaskan telefon iPhone 17 itu ke permukaan lantai  yang keras.

Ini kerana dia yakin dengan jaminan Apple tentang ketahanan telefon itu.

iPhone 17 baru keluar kedai retak

Namun apa yang mengejutkan, skrin iPhone 17 yang dikatakan lebih tahan lasak itu retak serta-merta selepas mencecah lantai konkrit.

Dia berkata: “Dah retak.”

retak

Video tersebut pantas tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi.

@mustsharenews

Apple launched its iPhone 17 series on 19 Sept, attracting long queues at Apple Stores across the country. #mustsharenews #sgfyp #china #iphone17

♬ original sound – MustShareNews – MustShareNews

Ada yang geli hati dengan dengan eksperimen berani itu, tetapi ramai juga yang menganggapnya satu tindakan sia-sia kerana membazirkan telefon berharga ribuan ringgit hanya untuk “content”.

Ada yang menyindir: “Terang terang tak boleh tuntut waranti sebab ada bukti  video  dia jatuhkan telefon itu dengan sengaja.”

Kemudian yang lain menasihati netizen: “Apa sahaja gimik pemasaran tentang telefon tahan lasak, atau kalis air jangan sesekali ambil risiko.”

Ada netizen yang berpendapat ini mungkin satu konspirasi daripada pesaing iPhone untuk menjatuhkan Apple dengan menghantar lelaki itu membuat drop test.