Pemain pertahanan negara, Dion Cools terlepas hukuman dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas terlibat dalam pergaduhan ketika aksi peringkat kumpulan H saingan AFC Champions League (ACL) menentang Zhejiang FC baru-baru ini.
Buriram United mengalami kekalahan ketiga mereka dalam saingan ACL musim ini apabila tewas 2-3 kepada Zhejiang sekaligus menduduki tangga ketiga dalam carta kumpulan H setakat ini.
Baca Juga:
- Media China Kritik Dion Cools Dengan Tuduhan Lupa Asal Usul
- Dion Cools Terlibat Dalam Insiden Pergaduhan Ketika Aksi ACL
- Dion Cools Tegaskan Malaysia Wajib Menang Ke Atas Taiwan
Perlawanan tersebut berakhir dengan insiden pergaduhan melibatkan pemain daripada kedua-dua pasukan di tengah padang sehingga memaksa barisan jurulatih serta pasukan keselamatan masuk campur meleraikannya.
Menerusi satu video yang tular di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila terdapat pertengkaran mulut antara pemain Buriram United, Theerathon Bunmathan dengan pemain simpanan Zhejiang.
Not 100% sure, but I guess something unsavoury was said between those players on the halfway line for it to escalate like that… pic.twitter.com/yQXX2DKwS8
— FourFiveWonton (@FourFiveWonton) November 29, 2023
Selepas AFC melakukan siasatan ke atas insiden terbabit, tiga pemain Buriram dikenakan hukuman penggantungan perlawanan dimana dua pemain digantung sebanyak enam perlawanan manakala seorang pemain digantung lapan perlawanan.
Ramil Seydayev dikenakan hukuman penggantungan sebanyak lapan perlawanan manakala dua pemain tempatan iaitu Leon James dan Chitipat Tanklang digantung enam perlawanan.
Three Buriram United-players got long bans after the fight in China:
1. Ramil Seydayev was banned from playing for 8 matches.
2. Leon James was banned from competing for 6 matches.
3. Chitipat Tanklang was banned from competing in 6 matches. pic.twitter.com/tbUlzX1Sra— Svein Falk Lorentzen 🇧🇻🇹🇭 (@SveinFalk) December 10, 2023
Presiden kelab, Newin Chidchob mendakwa hukuman yang dikenakan oleh AFC terhadap pemainnya adalah satu langkah yang salah dan pihak kelab telah menghantar bukti ke badan bola sepak Asia itu bagi membuktikan tiga pemainnya tidak bersalah.
“Tiga pemain yang digantung hanya mahu mempertahankan diri daripada serangan pemain lawan. Kami sudah menghantar bukti berupa gambar dan video yang menunjukkan pemain Zhejiang menyerang kami di kawasan tempat duduk kami.
“Pemain Buriram cuba untuk mengelakkan sebarang pergaduhan berlaku. Ada pemain yang cuba mempertahankan diri dan membantu rakan sepasukan yang diserang oleh pemain lawan.
“Meskipun begitu, kami tetap menghormati keputusan yang telah dibuat ahli jawatankuasa dan aksi seterusnya menentang Ventforet Kofu di laman sendiri kami tidak dapat menggunakan khidmat tiga pemain tersebut,” kata Newin.
Selain itu, salah sebuah media di China mengkritik Dion Cools dengan mengatakan pemain itu lupa tentang asal usulnya. Ketika pergaduhan, salah satu media China iaitu Sohu menganggap Dion membuat isyarat yang memprovokasi peminat bola sepak negara itu sekaligus mengkritik tindakan pemain tersebut.