Pada lewat petang semalam, Pusat Kawalan SMART telah menutup Terowong Lebuh Raya SMART setelah empat sungai utama di Kuala Lumpur telah melepasi paras bahaya. Dalam masa satu jam, pihak SMART telah mengaktifkan Mod 3 dan Mod 4 untuk melencongkan air banjir.
Operasi lencongan Mod 3 dan Mod 4 itu telah melencongkan air banjir dengan kadar alir sebanyak 150.0 cumecs di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Ampang.
Bagaimanapun, pihak Pusat Kawalan SMART menasihati orang ramai di sekitar Lembah Klang untuk berhati-hati serta mengambil langkah penuh berwaspada kerana Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di kawasan Lembah Klang dan Selangor.
Pihak SMART turut meminta pengguna memberikan kerjasama dan perhatian sepenuhnya mengenai pengumuman status operasi Terowong Lebuh Raya SMART yang akan disiarkan melalui hebahan media dan papan maklumat elektronik (VMS).
Maklumat lanjut status operasi terowong turut dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman web www.smarttunnel.com.my, Twitter @smarttunnel dan Facebook ‘SMART Tunnel’ serta ‘Pusat Kawalan SMART’.
Netizen gunakan ciapan Twitter untuk mempercepatkan bantuan dapat disalurkan kepada mangsa yang terjejas. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Terperangkap Dan Mahu Tingkatkan Capaian Bantuan, Netizen Lancarkan #DaruratBanjir Di Twitter
Sebahagian Cawangan Giant Di Lembah Klang Dan Selangor Kini Beroperasi Seperti Biasa