Pernah atau tidak anda terpaksa menunggu lama di lampu isyarat dan tertanya-tanya kenapa giliran anda tidak kunjung tiba? Sebenarnya, giliran anda telah dilangkau oleh lampu isyarat tersebut.
Mesti anda tertanya-tanya bagaimana perkara tersebut boleh berlaku dan inginkan penjelasan akan situasi tersebut. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @thegxmer20 atau nama sebenar Afiq seorang juruteknik lampu isyarat telah membuat penjelasan di Twitternya. Ayuh ikuti penjelasannya!
so since aku kerja traffic light, korang nak tak aku cerita kenapa kadang2 patutnya turn kau hijau tapi dia skip turn kau, dia bagi orang lain jalan dulu? 10 rt aku cerita https://t.co/bQ96Comaa4
— fiq (@thegamer203121) June 11, 2020
Menurutnya, lampu isyarat bertindak mengesan kehadiran kenderaan melalui alat pengesan iaitu loop sensor. Pengesan ini akan mengesan kewujudan kenderaan dan menghantar isyarat kepada lampu isyarat untuk bertukar warna.
Jika loop sensor ini rosak, lampu isyarat apabila bertukar warna hijau hanya selama 10 saat sahaja. Malah, alat pengesan tersebut terbina daripada kabel yang diletakkan di bawah turapan tar.
kalau loop tu rosak, jalan tu akan jalan masa minimum lebih kurang 10 saat mcm tu. itu yg kdg2 kereta lepas 2,3 bijik je.
— fiq (@thegamer203121) June 11, 2020
so ada apa dalam loop sensor kat jalan ni? sebenarnya dalam tu ada kabel je tp di twistkan pastu lay kabel tu dalam garis yang dah di potong. bila lilit dekat petak tu dia jadi la gegelung. lepas dah lay cable, terus tutup dengan tar jenis getah ni. pic.twitter.com/rXC03ulggn
— fiq (@thegamer203121) June 11, 2020
Untuk pengetahuan anda, alat pengesan pada lampu isyarat ini berfungsi untuk melangkau (skip) giliran atau memendekkan masa jalan yang tiada kenderaan. Sebenarnya loop sensor ini bukannya kesan kenderaan melalui berat tetapi kesan melalui gelombang yang dihasilkan .
Tambahnya lagi, jika lampu kuning berkelip ia menandakan bahawa berlakunya kerosakan pada lampu isyarat. Oleh itu, orang ramai perlu melaporkan kerosakan tersebut kepada pihak berwajib untuk memperbaikinya agar kemalangan dapat dielakkan.
contoh la en, jalan tu masa sebenar dia 50 saat, tp kereta jalan 2 bijik je. dlm masa 5 saat kalau xde orang langgar loop tu, jalan tu terus jd merah. so tkyah dah nak kena tunggu sampai 50 saat. jimat masa korang kat situ
— fiq (@thegamer203121) June 11, 2020
kalau korang nampak traffic light tu trip (semua lampu tak menyala) atau semua lampu tu kuning kelip kelip (org panggil flashing) tu tandanya traffic light kat simpang tu rosak. cepat cepat la korg hubungi atau buat aduan dekat pihak berkenaan (jkr/majlis/etc) utk elak kemalangan
— fiq (@thegamer203121) June 11, 2020
Adakah penjelasan ini menjawab persoalan anda? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Sementara itu, bagi membantu industri pelancongan negara, kami kongsikan beberapa artikel destinati percutian yang anda boleh kunjungi pada pautan di bawah ini. Sama-sama kita bantu sesama kita!
5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota
Daripada Komik Jadi Realiti, Rumah ‘Kampung Boy’ Di Perak Bakal Dibuka Hujung Tahun Ini
Keindahan ‘Sunset’ Di Pulau Jerejak Ini Destinasi Terbaik Buat Mereka Yang Mahukan Ketenangan