Empat individu dari satu keluarga maut selepas terjun dari tingkat 22 sebuah apartment di kawasan Penjaringan, Jakarta Utara, Indonesia baru-baru ini.

Tindakan satu keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan dua orang anak itu terekam kamera CCTV dimana sebelum melakukan tindakan tersebut, sang ayah dilihat sempat mencium kedua anaknya dan juga isteri sebelum terjun ke bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Pukul 16.05 WIB, mereka keluar dari lift di tangga 21 dan berdasarkan rakaman cctv, keempat-empat mangsa naik ke tangga kecemasan untuk ke rooftop apartment,” kata Kapolsek Penjaringan, Kompol Agus Ady Wijaya.

Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan yang mendengar bunyi dentuman kuat sebelum bergegas ke lokasi dan menemui empat individu sudah terbaring tidak bernyawa di hadapan lobi apartment.

Menurut laporan media tempatan, salah seorang jiran mangsa yang enggan memberitahu namanya menyatakan keluarga tersebut bertindak sedemikian kerana masalah ekonomi iaitu terpalit dengan masalah hutang.

“Saya pernah melihat ada orang datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang. Sudah pasti orang yang menuntut hutang itu sedikit kasar dan dari situ saya tahu mereka sedang mengalami masalah ekonomi.

“Akhir-akhir ini mereka sering meminjam dengan saya. Oleh kerana saya kurang berkemampuan, maka saya abaikan saja permintaan mereka. Terakhir mereka mahu meminjam 20 Juta Rupiah untuk memulakan perniagaan, tetapi saya tidak dapat memberi kerana jumlahnya terlalu besar,” kata jiran tersebut.

Menurut jiran yang sama, rumah mangsa telah disita oleh pihak bank dan mereka mempunyai perancangan untuk berpindah ke Solo, Jawa Tengah.