Hujan lebat yang berlarutan sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan banyak kawasan terutamanya di semenanjung Malaysia ditenggelami dengan air. Malah, kawasan Lembah Klang antara yang terjejas teruk.

Bukan itu sahaja, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir setelah air Sungai Gombak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang berada pada paras bahaya melimpah. Terbaharu, #DaruratBanjir telah trending di Twitter dimana orang ramai terutama sekali mangsa banjir memuat naik keadaan terkini dan juga mengharapkan bantuan tiba.

https://twitter.com/FarahAmirahAmri/status/1472244822526160899

https://twitter.com/gulfknwt_myfc/status/1472249445685235717

Menerusi #DaruratBanjir, ramai yang berkongsi situasi mereka terkandas di jalanraya dan mungkin akan tidur di dalam kereta. Malah, ada juga mangsa yang menanti bantuan tiba ke rumah apabila bekalan eletrik terputus dan juga ada ahli anggota keluarga yang sakit memerlukan bantuan segera.

Dapat dilihat, terdapat beberapa kawasan sudah hampir lumpuh dan tidak boleh dilalui akibat dinaiki air. Bagi anda yang memerlukan bantuan, bolehlah menghubungi talian kecemasan banjir iaitu 03-80642400 agar pertolongan dapat diberikan.

https://www.instagram.com/p/CXoV1CDv4Pa/

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu kenyataan, situasi banjir di Selangor diakui keadaannya agak kelam-kabut sebab pada musim tengkujuh jarang berlaku di negeri ini. Tambahnya, ketika ini misi untuk menyelamatkan mangsa dengan memindahkan ke tempat selamat menjadi keutamaan.

Menurut laporan terkini di laman web InfoBanjir, Sungai Batu, Sentul pada tahap amaran dan Sungai Klang, Leboh Pasar dan Sungai Gombak, di Jalan Parlimen pada paras berjaga-jaga. Sebanyak 16 sungai di Selangor berada pada paras bahaya (merah), dua sungai pada tahap amaran manakala enam lagi pada paras berjaga-jaga, setakat ini.

Sementara itu, ketahui mengapa anda tidak digalakkan untuk redah banjir. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

https://www.thevocket.com/ini-sebab-mengapa-anda-tidak-digalakkan-untuk-redah-air-banjir/

11 Tips Menghadapi Musim Banjir. Juga Ada Link Maklumat Banjir Real Time