Saban minggu, ada sahaja aktiviti konvoi berkumpulan menuju ke lokasi-lokasi tumpuan tidak kira di bahagian utara atau selatan negara. Tidak kira kenderaan besar mahupun kecil, ramai pihak tidak melepaskan peluang setelah hampir satu tahun lebih tidak dapat merentas negeri/daerah dengan bebas.

Seorang pengguna TikTok telah berkongsi satu video di mana semasa berkonvoi dengan rakan-rakannya, mereka ‘terpaksa’ mengangkat dan menuang ‘minyak’ keluar daripada sebuah motosikal. Menurut lelaki berkenaan, mereka berbuat sedemikian setelah rakannya telah tersalah memasukkan minyak jenis diesel ke dalam tangki motosikal sendiri.

@nako.detailing

Balas kepada @traitor153 tk fyp pon Xpa 😌#HowLowCanYouGoLazada1111 #fyp ckup ⛔️3k 😆like nak bagi kt kwn kita ni free coating lampu #nakodetailing

♬ bunyi asal – Fikri Wahab – Mohamad Fikri

Namun video tersebut telah menarik perhatian para netizen lain yang berbeza pendapat mengenai cara mereka menuang keluar minyak diesel tersebut di atas jalan raya.

Majoriti yang berpendapat tindakan sekumpulan pemuda itu akan merosakkan permukaan tar yang akan mengakibatkan jalan mula merekah lalu berlubang. Selain itu, ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain apa melalui atas jalan tersebut.

Pada masa yang sama, ada yang menyokong cara mereka menyelesaikan masalah tersebut kerana jika ia dibuang di atas permukaan kawasan berumput, diesel itu akan meresap masuk ke dalam tanah lalu merosakkan ekosistem.

Sumber Gambar: TikTok @nako.detailing
Sumber Gambar: TikTok @nako.detailing
Sumber Gambar: TikTok @nako.detailing
Sumber Gambar: TikTok @nako.detailing
Sumber Gambar: TikTok @nako.detailing

Menerusi beberapa perkongsian komen yang lain, mereka mencadangkan supaya sekumpulan pemuda tersebut mendapatkan bantuan pihak pekerja stesen minyak yang berhampiran untuk membantu buang minyak diesel daripada motosikal.

Ini kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan serta latihan untuk menangani situasi tersebut sekiranya perkara yang sama berlaku kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Setelah dikecam ramai akibat didakwa cuba berebut tempat letak kereta, pemandu kereta Nissan tampil terangkan perkara sebenar yang berlaku. Baca penjelasan pemandu tersebut melalui pautan di bawah.

Dikecam Kerana Rampas ‘Parking’, Pemandu Nissan Kicks Kongsi Kisah Sebenar

Tular Tidak Pakai Pelitup Muka Di Butik Dior, Minah Saleh Ini Telah Dikompaun RM3,000

Pulang Ke Malaysia Selepas 2 Tahun Terkandas, Jururawat Ini ‘Diserang’ Netizen Singapura

Sumber