Sudah menjadi rutin bagi setiap tahun bertarikh 31 Ogos di mana perarakan Hari Kebangsaan diadakan kecuali sewaktu pandemik COVID-19.

Pada tahun ini, Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 telah diadakan di Dataran Putrajaya sekaligus menjadi perarakan Hari Kebangsaan kedua diadakan selepas pandemik COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@senahnaklalu

#Merdeka2023 #DariPenang #DataranPutrajaya #HariKebangsaan

♬ original sound – SenahNakLalu – SenahNakLalu

@s_h_aaaaa

Replying to @isheeqeen tempat duduk bertingkat dah full. Betul2 bersemangat tahun ni 💪💪 #merdeka66 #merdeka2023 #malaysiamerdeka #harimerdeka66 #malaysiamadani

♬ Negaraku – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Faizal Tahir

Di sebalik kemeriahan sambutan yang bermula sejak pagi ini, difahamkan orang ramai yang mahu berada di barisan hadapan tempat duduk melihat perarakan ini sanggup beratur dan menati seawal jam 9 malam.

Lebih mengejutkan, terdapat perkongsian yang memaklumkan tempat duduk barisan hadapan melihat perarakan ini sudah dipenuhi seawal jam 11 malam. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan sambutan orang ramai dilihat lebih meriah pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Kegigihan para penonton yang menanti perarakan Hari Kebangsaan ke-66 ini nampaknya turut mendapat respon positif di kalangan netizen yang kagum dengan semangat yang ditunjukkan.

Sementara itu, terdapat netizen yang memaklumkan terdapat penonton yang turut hadir bersama kerusi ‘healing’ serta payung berikutan keadaan semalam yang hujan sementara menanti perarakan pada pagi ini.