Setiap orang mempunyai kereta impian tersendiri yang masih belum mampu dimiliki. Setiap kali terjumpa di atas jalan raya, pasti ada ‘jeritan kegembiraan kecil’ timbul di dalam hati.

Satu video TikTok mencuri tumpuan netizen apabila ada seorang kanak-kanak teruja merakam sebuah Nissan GT-R R35 lalu bersebelahan keretanya.

Baca Juga:

Guyss, ada GT-RRRRRR guyssss,” ujar budak lelaki itu.

Selepas merakam beberapa saat, GT-R itu terus memecut meninggalkan kereta yang dinaiki anak-beranak itu.

@afiqanakabah

Gtr gaissss 😂… #gtr #gaissss #fypシ #trending #fyp #viral

♬ original sound – Gee tt shop – Afiq anak abah

Rata-rata netizen yang menonton video berkenan berasa mencuit hati melihat telatah anak-beranak yang sama-sama teruja melihat kereta berkenaan.

Ayahnya juga seorang yang supportive, melayan telatah anaknya penuh keterujaan yang menceriakan lagi suasana dalam video itu.

Sumber Gambar: TikTok @ceo_affiliate505
Sumber Gambar: TikTok @ceo_affiliate505
Sumber Gambar: TikTok @ceo_affiliate505

Netizen turut memuji pemandu GT-R tersebut kerana memperlahankan kereta untuk memberi peluang kepada budak lelaki merakam apabila melalui bersebelahannya.

Semoga pada satu hari nanti anak-beranak ini dapat memakai GT-R dan dapat menceriakan hati orang lain juga pada masa akan datang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.