Antara kelebihan utama yang dinikmati oleh pemilik kenderaan elektrik (EV) Tesla di Malaysia sebelum ini ialah kemudahan pengecasan percuma di rangkaian Tesla Destination Charger.

Namun, selepas hampir tiga tahun menawarkan keistimewaan tersebut, Tesla secara rasminya telah menamatkan pengecasan percuma bagi stesen pengecas Alternating Current (AC) eksklusif mereka di seluruh negara, petik Soya Cincau.

Bermula hari ini, pemilik Tesla perlu membayar kadar sebanyak RM0.88 bagi setiap kilowatt-jam (kWh) untuk mengecas kenderaan mereka di mana-mana lokasi Tesla Destination Charger.

Pelaksanaan kadar baru ini terpakai untuk kesemua stesen pengecas pengecasan perlahan berkenaan di Malaysia.

Sumber