Sebut mengenai Tesla pasti ramai yang mengingatinya sebagai jenama kereta yang penuh dengan teknologi melibatkan pandu sendiri serta penawaran kereta elektrik tanpa bahan api.

Disebalik kekaguman orang ramai terhadap jenama ini, nampaknya jenama ini tidak dapat lari daripada kesilapan setelah Tesla Model X terlibat dalam kemalangan sewaktu seorang pengguna yang merupakan Walter Huang selaku jurutera Apple menggunakan teknologi pandu sendiri.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →
Keadaan Tesla Model X selepas pelanggaran

Insiden kematian ini telah mendesak keluarga Walter Huang untuk menfailkan saman terhadap Tesla diatas teknologinya yang gagal. Menurut Elon Musk, kemalangan tersebut boleh dielakkan sekiranya para pemandu lebih peka terhadap apa yang berlaku di atas jalanraya. Malah, Tesla Model X turut mengeluarkan signal kepada pemandu sebelum pelanggaran berlaku. 

Berikutan insiden ini, Tesla telah mengeluarkan kemaskini buat kereta keluarannya untuk mengingatkan pemandu untuk lebih peka diatas jalanraya. Tesla turut memberi penekanan yang lebih dalam menawarkan pengalaman pandu sendiri yang lebih baik seiring dengan penawaran teksi pandu sendiri menjelang 2020.

Sumber